fbpx
Cerita Borneo

Ambil Kesempatan Jual Produk Selepas Tular Berita Palsu Virus Wuhan Coronavirus Di Bintulu

Seperti biasa,akan ada yang mengambil kesempatan di waktu sebegini

Ambil Kesempatan Jual Produk Selepas Tular Berita Palsu Virus Wuhan Coronavirus Di Bintulu. Seorang ejen produk makanan sampingan dikatakan menularkan screenshot berita palsu yang kononnya virus wuhan coronavirus sedah merebak ke Bintulu. Seperti biasa, buktinya hanya screenshot dari aplikasi whatsapp yang kononnya berita itu adalah dari sumber yang bekerja di Hospital Bintulu.

Walau bagaimanapun, beberapa pengendali laman facebook bebas di Sarawak seperti Serian Edition dan Bintulu Info mengambil inisiatif cepat dengan menidakkan perkara tersebut.

Setakat ini, hanya seorang warga China yang disuspek dikuarantin bagi tujuan awal pencegahan. Individu tersebut dikatakan balik dari Wuhan pada 11 Januari yang lepas. Keputusan kajian rasmi masih ditunggu setakat ini.

Rupa-rupanya sibuk menjual makanan sampingan disebalik menyebarkan berita palsu

Ambil Kesempatan Jual Produk Selepas Tular Berita Palsu Virus Wuhan Coronavirus Di Bintulu

Pihak Polis Kini Memerhati

Selepas beberapa berita palsu berkaitan dengan virus coronawuhan ini tular, semalam pihak polis memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menjadi penyebar berita palsu ini. Mereka juga sedang mencari dalang di sebalik penularan berita palsu yang mengatakan ada warganegara China yang mati di Johor akibat coronavirus.

Semak fakta sebelum kongsi, baca artikel berkaitan kami di bawah mengenai senarai berita palsu yang berkaitan dengan virus wuhan coronavirus di Malaysia.

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/senarai-berita-palsu-berkenaan-virus-corona-wuhan-setakat-ini/
http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/polis-mulakan-operasi-menangkap-penyebar-berita-palsu-wuhan-coronavirus/

Artikel Berkaitan

Back to top button