fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
6 Januari 2021
Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

JPBNS akan dedahkan lokasi kunjungan kes COVID-19 mulai hari ini.

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mendedahkan dan memberitahu lokasi kunjungan kes positif COVID-19 mulai 6 Januari 2021.

Menurut Timbalan Ketua Menteri dan juga Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pihaknya sebelum ini hanya mengeluarkan pemakluman secara umum tanpa tarikh dan juga waktu.

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini
Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini

Pemberitahuan maklumat ke lokasi secara tepat

“Dengan pemberitahuan itu nanti ianya akan mengandungi maklumat, tarikh dan waktu kes ke lokasi berkenaan secara tepat yang dikesan melalui aplikasi.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

“Kita berbincang panjang lebar mengenai perkara ini dan mengambil keputusan tersebut atas saranan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian meskipun perkara ini amat sensitif,” kata beliau pada sidang media harian COVID-19 semalam.

Menurut beliau lagi, jika orang ramai turut melawati lokasi kes yang telah disahkan positif maka mereka boleh melakukan saringan di kemudahan kesihatan terdekat.

“Kita mengguna pakai pendekatan yang diambil oleh Singapura mengenai perkara ini,” ujar beliau.

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini

Garis panduan pengecualian pembayaran kos kuarantin dan ujian RT-PCR COVID-19

Pada masa yang sama, Uggah memberitahu bahawa JPBNS turut mengeluarkan garis panduan pengecualian pembayaran kos kuarantin dan ujian RT-PCR COVID-19.

“Bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar Sarawak (tiga tahun ke atas) dan kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah rakyat Sarawak, kos kuarantin dan ujian rt-PCR akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak,” kata beliau.

Manakala bagi bukan rakyat Sarawak yang pasangan merupakan rakyat Sarawak, menurut beliau, kos tanggungan bilik di pusat kuarantin dan ujian rt-PCR COVID-19 juga akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak tetapi perlu menunjukkan bukti surat perkahwinan,” jelas beliau.

Ambil Langkah Proaktif, Sarawak Dedah Lokasi Kunjungan Kes COVID-19 Mulai Hari Ini

50 peratus daripada saiz ruang dan penjarakan fizikal dibenarkan

Mengenai garis panduan perhimpunan orang ramai pula, Uggah berkata hanya 50 peratus daripada saiz ruang dan penjarakan fizikal dibenarkan.

“Contohnya, jika kapasiti sesebuah dewan boleh memuatkan 1,000 orang dalam satu masa, kita benarkan 50 peratus bagi kapasiti dewan berkenaan dan untuk tempat terbuka pula, hanya 200 orang dibenarkan”.

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy