fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
5 Januari 2021
Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily
Share on FacebookShare on Twitter

Youtuber Malaysia Adam Shamil telah menerima tawaran menjadi tenaga pengajar di Nas Academy!

Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily. Buat anda yang tidak tahu, Adam Shamil merupakan seorang Youtuber tempatan dengan 144,000 subscribers dan pernah menghasilkan video penghantar makanan Grab, Hilmi yang viral sebelum ini kerana telefonnya dicuri ketika sedang bekerja.

Adam merupakan anak kelahiran Sabah terkenal dengan video berjenaka dan berinformasi di Youtube. Di dalam videonya, dia menyampaikan mesej-mesej yang bermakna kepada golongan belia menerusi pelbagai idea kreatifnya di platform tersebut.

Tetapi apa yang pasti Youtuber dari Malaysia, Adam Shamil ini merupakan individu pertama dari negara ini yang pernah berkolaborasi bersama Nas Daily, iaitu content creator yang terkenal dengan video ‘satu minit’ di media sosial sebelum ini.

ArtikelBerkaitan

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily
Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily

Menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di Nas Academy

Kini, selepas difahamkan pernah terlibat untuk penghasilan video Asia Superhuman pada September lalu bersama Nas Daily, beliau baru-baru ini dilaporkan telah menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di Nas Academy.

Nas Academy adalah merupakan akademi dalam talian yang membimbing content creators untuk menghasilkan kandungan dan merupakan hasil usaha individu terkenal di sebalik video-video Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin.

Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily

Rakyat Malaysia yang pertama mengarah video oleh Nas Daily

“Ia (video berkenaan) menjadikan saya rakyat Sabah dan Malaysia yang pertama berpeluang mengarahkan siri video oleh Nas Daily!

“Dia juga telah menawarkan saya untuk menyertai Nas Academy sebagai tenaga pengajar pencipta kandungan,” jelas Adam kepada Gempak.

Untuk episod yang diarahkannya tersebut, Adam telah menampilkan kisah Vevenoah yang tular dengan kisahnya yang berusaha untuk mendapatkan capaian internet buat kelas online nya di Sabah sebelum ini.

Kredit: thevocket, Gempak

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy