fbpx
Cerita Borneo

Anak Malaysia Ketuai Pasukan Bangunkan Vaksin COVID-19 Di Australia

Orang Malaysia pun boleh!

Anak Malaysia Ketuai Pasukan Bangunkan Vaksin COVID-19 Di Australia. Ketika zaman COVID-19 yang telah menghentikan kehidupan normal seluruh dunia, banyak institut berkejar masa untuk mencari penawar penyakit tersebut. Selain Dr. Amalina Bakri yang menyertai pasukan pembangunan vaksin di UK, seorang lagi warga Malaysia step up untuk menyertai pasukan penemuan vaksin di Australia. In fact, beliau merupakan KETUA pasukan tersebut!

Anak Malaysia Ketuai Pasukan Bangunkan Vaksin COVID-19 Di Australia

Lahir di Malaysia, kini mengetuai pasukan pembangunan vaksin di Australia

Prof. Suresh Mahaliham bertanggungjawab dalam memimpin pasukan penyelidik di Universiti Griffith, Australia dalam usaha membangunkan vaksin untuk Covid-19. Menurut beliau, vaksin yang dihasilkan oleh pasukannya akan ‘dilemahkan secara langsung’, dimana vaksin dibuat untuk mengurangkan keperitan patogen dalam masa sama mengekalkan daya maju, mengubahnya agar ia tidak berbahaya terhadap tubuh manusia.

Beliau berkata vaksin akan berkesan dengan lebih tinggi, dimana ia akan memberi tindak balas imun selular dan antibody yang kuat terhadap virus tersebut. Kata beliau lagi,

“Ini akan meniru jangkitan virus yang sebenarnya tetapi tidak dapat menyebabkan penyakit. Salah satu kebaikan hebat mengenai vaksin ini, ia dapat mendorong semua tindak balas imun.”

Anak Malaysia Ketuai Pasukan Bangunkan Vaksin COVID-19 Di Australia
Beliau mengetuai pasukan pembangunan vaksin Covid-19 di Australia. Kredit: Griffith News

Kini berada dalam tahap praklinikal

Menurut beliau lagi, vaksin tersebut mempunyai rekod pengeluaran besar-besaran yang terbukti dan kini berada dalam tahap praklinikal. Beliau berharap mereka dapat memulai ujian manusia secepat mungkin dan sekiranya disetujui, vaksin tersebut akan samapi ke pasar pada akhir 2021.

Salah satu fakta yang mengagumkan tentang profesor kelahiran Kuala Lumpur ini adalah beliau merupakan salah seorang ahli dalam pasukan yang bertanggungjawab menemui vaksin virus Zika dan chikungunya!

excited friends tv GIF
Kredit: Giphy

Mengenai cabaran terbesarnya dalam mengembangkan vaksin Covid-19, beliau mengatakan pengenalpastian pendekatan terbaik yang harus diambil adalah cabaran terbesar pasukannya.

“Satu kaedah pengeluaran vaksin tidak semestinya berfungsi untuk semua jenis penyakit. Jadi ia penting untuk mempertimbangkan titik akhir vaksin ketika melakukan usaha sedemikian. Banyak vaksin tidak berjaya ke peringkat akhir kerana pendekatan diambil yang kurang sesuai. “

Semoga pasukan beliau berjaya dalam usaha mereka! Tabik kepada para-para frontliner!

Anak Malaysia Ketuai Pasukan Bangunkan Vaksin COVID-19 Di Australia
Kredit: Giphy

Jom Baca Lagi Artikel Menarik Yang Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button