fbpx
Cerita Borneo

Anak Petani Dari Tambunan Sabah Catat Sejarah Muncul Juara Pertandingan Tarian di Turki

Boleh Bah Kalau Kau!

Kredit : Youtube FH Media

Anak Petani Dari Tambunan Sabah Catat Sejarah Muncul Juara Pertandingan Tarian di Turki. Pandai sungguh anak-anak dari Sabah ini menari. Sampaikan pertandingan di Turki pun ditakluknya juga. Begitulah kehebatan anak-anak Kelab Kebudayaan SK Kiawayan, Tambunan Sabah apabila mereka berjaya mencatat sejarah dan muncul sebagai juara dan merangkul anugerah keseluruhan dalam Istanbul Eurasia Culture Competition 2019.

Ketepikan Pencabar Dari 39 Buah Negara Dalam Program Harmanfolk Sepanjang 2019

Anak Petani Dari Tambunan Sabah Catat Sejarah Muncul Juara Pertandingan Tarian di Turki
Anak Petani Dari Tambunan Sabah Catat Sejarah Muncul Juara Pertandingan Tarian di Turki. Kredit : FH Media Production

Pelajar dari Sabah ini sekaligus mengharumkan nama negara apabila berjaya meletakkan pasukan mereka sebagai yang terbaik dalam pertandingan tersebut dan merangkul anugerah keseluruhan Istanbul Harmanfolk Culture 2019. Dengan penganugerahan ini, pasukan kebudayaan ini telah mengenepikan pencabar dari 39 buah negara sepanjang penganjuran program-program Harmanfolk pada tahun ini.

Dalam pertandingan ini, sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu Children Modern Dance, Children Folk Dance, Adult Folk Dance dan Adult Chorus Group. Kelab Kebudayaan SK Kiawayan ini telah memenangi pertandingan tarian bagi kategori Children Folk Dance.

Untuk pengetahuan anda, penari-penari kumpulan SK Kiawayan ini mempunyai latar belakang sebagai anak petani. Walau bagaimanapun, hakikat itu tidak mematahkan usaha mereka serta para pendidik untuk mengharumkan nama Malaysia.

Anak Petani Dari Tambunan Sabah Catat Sejarah Muncul Juara Pertandingan Tarian di Turki
Wajah ceria penari SK Kiawayan selepas membuat persembahan di ITCC Penampang. Kredit : Borneo Today

Walaupun penyertaan di Turki tidak memerlukan yuran penyertaan, namun segala perbelanjaan lain harus ditanggung sepenuhnya oleh para peserta. Oleh itu, mereka menggerakkan usaha untuk mengumpul dana sebanyak RM 6,000 seorang bagi menampung perjalanan ke sana. Mereka telah melakukan persembahan kebudayaan di ITCC Shopping Mall, Penampang, Sabah dari jam 1 hingga 5 petang bagi tujuan tersebut. Salut lah dengan mereka!

Layak Mewakili Malaysia Selepas Jadi Juara Festival Kesenian Antarabangsa di Perak

Terdahulu, sebelum mereka berangkat ke Turki, Kelab Kebudayaan SK Kiawayan telah memenangi pertandingan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa di Perak. Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan kelab tarian tersebut mewakili Malaysia ke pertandingan di Turki.

Sementara itu, guru besar SK Kiawayan, Geoffery Chong melahirkan rasa syukur dan gembira kerana banyak pihak sanggup menghulurkan bantuan dan memberi sokongan bagi membiayai perjalanan pasukan ini sehingga mereka berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Sikap Anak-Anak Tambunan Ini Wajar Dicontohi

Kredit : Instagram @kiawayan_dc

Sebagai anak Malaysia, kita patut mencontohi sikap tidak mudah putus asa yang dipamerkan oleh para penari serta pembimbing Kelab Kebudayaan SK Kiawayan ini. Biasanya, kalau banyak cabaran dan halangan, pasti diakhiri dengan ganjaran yang setimpal dengan usaha. Tak gitu?

Jangan lupa like dan share post ini!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close