fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Anda Kini Boleh Dapatkan Stok Makanan Sabah dan Sarawak di Puchong Prima, Selangor

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 Disember 2019
Anda Kini Boleh Dapatkan Stok Makanan Sabah dan Sarawak di Puchong Prima, Selangor
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Dah Tak Perlu Beli Luggage Hanya Untuk Bawa Makanan Legend Dari Kampung

Dah Tak Perlu Beli Luggage Hanya Untuk Bawa Makanan Legend Dari Kampung
Kredit : FB Solo Borneo Mart
Dah Tak Perlu Beli Luggage Hanya Untuk Bawa Makanan Legend Dari Kampung
Anda Kini Boleh Dapatkan Stok Makanan Sabah dan Sarawak di Puchong Prima, Selangor . Kredit : FB Solo Borneo Mart

Anda Kini Boleh Dapatkan Stok Makanan Sabah dan Sarawak di Puchong Prima, Selangor. Kalau anda jenis yang tak boleh hidup tanpa makanan kampung atau makanan asal anda, lebih-lebih lagi jika ia sukar didapati di tempat lain di Semenanjung, jangan risau. Anda kini boleh mendapatkan stok makanan Sabah dan Sarawak kegemaran anda di sebuah kedai runcit yang baru sahaja dibuka di Bazaar Primawalk, Puchong Prima.

Antara makanan yang yang boleh didapati di kedai runcit berkenaan ialah amplang sotong, tuhau, belacan, cornbeef, ikan kering, sambal ikan, bambangan (embang), kicap, cuka dan pelbagai makanan rare Sabah dan Sarawak. Haa, suka tak?

ADVERTISEMENT

Dapat Idea Selepas Terima Banyak Pesanan Setiap Kali Show Ke Sabah dan Sarawak

Menurut pemilik kedai runcit berkenaan yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan Kristal, Lan Solo, beliau membuka kedai tersebut bersama isterinya setelah mendapat banyak pesanan untuk membawa barangan dari negeri-negeri tersebut sewaktu membuat persembahan di sana. Mengetahui permintaan yang cukup tinggi daripada rakan-rakan, isterinya mencadangkan agar mereka membuka sebuah kedai runcit yang menjual barang-barang khas daripada Sabah dan Sarawak.

Serunding tuhau, cornbeef dan amplang. Kredit : FB Solo Borneo Mart
Mi kolok kering. Kredit : FB Solo Borneo Mart
Anda Kini Boleh Dapatkan Stok Makanan Sabah dan Sarawak di Puchong Prima, Selangor
Kuih cincin dan amplang pelbagai perisa. Kredit : FB Solo Borneo Mart

Tambahnya lagi, kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan tersebut di Semenanjung menyebabkan ramai rakyat Sabah dan Sarawak memesan melalui rakan-rakan yang berkunjung ke Sarawak.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Jika anda terlepas, ini cerita yang berkaitan : Inilah 5 Produk Legend Yang Hanya Dijual Di Sarawak

ADVERTISEMENT

Namun demikian, ada juga jenis makanan yang tidak dapat dibawa menggunakan pesawat melainkan perkhidmatan kargo. Maksudnya, kenalah order banyak-banyak kan?

Anda Kini Boleh Dapatkan Stok Makanan Sabah dan Sarawak di Puchong Prima, Selangor
Belacan dari Sabah, Kredit : FB Solo Borneo Mart
Ikan terubok masin. Kredit : FB Solo Borneo Mart

Setakat ini, kedai tersebut dikatakan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada penduduk Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung. Kedai runcit tersebut juga bercadang untuk menambah jenis produk jualan dari Sabah dan Sarawak untuk kesenangan rakyat dari negeri terbabit yang merindui makanan dari tempat asal mereka. Orang Semenanjung yang minat makanan Sabah dan Sarawak pun boleh datang ke sini untuk melepaskan kerinduan.

Nampak tak? Jual makanan Sabah Sarawak kat Semenanjung pun boleh tahan laku, beb. Anda ada cadangan makanan Sabah dan Sarawak lain yang mungkin boleh diterbangkan ke sana? Mana lah tahu pemilik kedai baca komen anda. Anda juga yang untung, kan?

ADVERTISEMENT

Jangan lupa like dan share post ini!

Share9682Tweet67SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy