fbpx
Cerita Borneo

“Angkat Sahaja Sebelah Wiper”, Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Saman Parkir Berkupon Di Kuching

Ada Sesiapa Pernah Cuba?

“Angkat Sahaja Sebelah Wiper”, Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Saman Parkir Berkupon Di Kuching. Lihat sahaja parkir kotak kuning dan bernombor di Bandaraya Kuching, pasti anda akan rasa gawat dan mengelak untuk meletakkan kenderaan di sana kerana ia merupakan kawasan parkir berkupon. Jika anda mempunyai kupon, ia bukan satu masalah. Bagi yang tidak memiliki kupon, kadang kala ia adalah sesuatu yang leceh sedangkan anda hanya ingin meletakkan kenderaan anda beberapa minit sahaja.

Namun, seorang lelaki di laman Facebook telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu perkongsian tentang tips mengelakkan saman parkir berkupon di Bandaraya Kuching. Menerusi perkongsian Amy Mat Piah, anda boleh mengelak daripada dikenakan saman jika anda mengangkat sebelah wiper kereta anda di parkir berkupon. Serius lah?

Nak share ilmu lok. Terutama sekali tempat parking berkupon. In case kitak urang sikda parking kupon/kehabisan parking…

Posted by Amy Mat Piah on Monday, February 24, 2020

‘Angkat Sebelah Wiper’ Sebagai Tanda Parkir Sebentar

Menurut lelaki ini, sekiranya anda tidak memiliki kupon atau kehabisan kupon parkir, anda boleh menggunakan petua ‘angkat sebelah wiper’ ini untuk parkir di kawasan kotak kuning. Namun demikian, cara ini hanya digunakan sekiranya anda ingin parkir sebentar sahaja. Tambahnya lagi, para petugas majlis bandaraya kebiasaannya memahami isyarat pemilik kenderaan bahawa mereka tidak berhasrat untuk parkir lama di kawasan tersebut.

"Angkat Sahaja Sebelah Wiper", Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Saman Parkir Berkupon Di Kuching
"Angkat Sahaja Sebelah Wiper", Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Saman Parkir Berkupon Di Kuching
“Angkat Sahaja Sebelah Wiper”, Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Saman Parkir Berkupon Di Kuching

Setakat ini, perkongsian ini mendapat 97 shares dan 58 tanda sukaan di akaun Facebook nya. Mungkin anda boleh mencuba nasib menggunakan cara ini jika anda ‘sontok’ mencari parkir di Kuching. Tapi, jika anda was-was, beli sahaja kupon di pondok hijau yang terdekat, okay?

Ada yang tak jelas tentang sistem parkir berkupon di Kuching? Baca artikel ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button