Bakal Lanjut Pengajian Untuk Tahun 2024. Tahniah!
Antara 4% Yang Terpilih Di Dunia, 2 Pelajar Malaysia Ini Berjaya Diterima Ke Harvard. Siapa tidak kenal Universiti Harvard? Universiti terkemuka di dunia ini sering menjadi idaman pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian dalam bidang yang mereka ingini.
Satu fakta yang perlu anda tahu berkenaan universiti ini ialah jumlah kemasukannya amat sengit. Untuk kemasukan pada tahun 2024 sahaja, hanya 4.9% daripada 40,248 bilangan keseluruhan permohonan dari seluruh dunia diterima masuk. Malah, daripada jumlah yang diterima itu, hanya 10.8% sahaja pelajar antarabangsa yang terpilih. Ini termasuklah Malaysia.

Kredit : Fortune
Terbaharu, dua orang pelajar Malaysia ini berjaya diterima masuk ke Harvard College, Universiti Harvard untuk pengajian sesi 2024. Kedua-dua pelajar tersebut ialah Mohamed Aqil Bin Azmi dan Zad Chin Qi Qi.
Masing-masing merupakan bekas pelajar sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam dan SMJK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak.

Kredit : Harvard Club of Malaysia
Aqil : Pembahas, Pemain Tenis, Pembaca Serta Penulis Tegar
Aqil merupakan seorang pembahas dan pemain tenis semasa di sekolah. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah memegang jawatan kepimpinan selain merupakan seorang pembaca dan penulis tegar berkaitan falsafah. Kini, beliau sedang menyiapkan kerja-kerja kompilasi, penterjemahan dan tafsiran kritikal berkaitan karya pemuisi Melayu kurun ke-16 iaitu Hamzah Fansuri.
Beliau dikhabarkan bakal mengambil jurusan Matematik dan Falsadah di kolej terkemuka Amerika Syarikat itu kelak.

Zad : Gadis Robotik, Pengasas 2 Pertubuhan ‘Non-Profit’
Dalam masa yang sama, seorang lagi pelajar Malaysia yang bertuah ialah Zad Chin Qi Qi bakal melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang Sains Komputer. Zad sebelum ini sememangnya banyak terlibat dengan pertandingan robotik dan teknologi. Malah, beliau juga mengasaskan dua pertubuhan bukan untung (‘non-profit’) berkaitan robotik dan pelajaran.
Kedua-dua Aqil dan Zad merupakan pelajar di bawah tajaan biasiswa Yayasan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kini, mereka sedang mengikuti pengajian di peringkat A-Levels di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) di Lembah Beringin dan bakal memasuki kolej tersebut sebaik sahaja sesi akademik baru dibuka kelak.

Take a sec to spotlight these 2 amazing young persons who beat the odds & got coveted spots in Harvard College Class of 2024! So, so proud of Aqil & Zad. Confirmation that our youth in Malaysia are our greatest treasure. Please share their story to inspire other young Msians! pic.twitter.com/MXx4jqfa74
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) May 20, 2020
Untuk pengetahuan anda, kali terakhir pelajar Malaysia berjaya diterima masuk ke universiti ini ialah pada tahun 2017. Lihatlah betapa kompetitifnya saingan untuk mendapatkan tempat di universiti terkemuka dunia ini.
Apa-apa pun, syabas dan tahniah diucapkan buat Aqil dan Zad!