fbpx
Cerita Borneo

“Antara Guna Secara Betul Atau Tanggal Sepenuhnya,” KKM Kongsi Cara Pemakaian Topeng Muka Dengan Betul

“Bringing down the mask to the chin is not an option,” – KKM

“Antara Guna Secara Betul Atau Tanggal Sepenuhnya,” KKM Kongsi Cara Pemakaian Topeng Muka Dengan Betul. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kongsi cara pemakaian topeng muka dengan betul menerusi Twitter.

Dilaporkan juga DG Dr. Noor Hisham meminta orang ramai berhenti meletakkan topeng muka ke dagu.

“Antara Guna Secara Betul Atau Tanggal Sepenuhnya,” KKM Kongsi Cara Pemakaian Topeng Muka Dengan Betul

Risiko menurunkan topeng ke dagu

Dalam sekeping gambar yang dikongsikan oleh KKM menerusi Twitter, ia menunjukkan risiko yang individu akan menghadapi sekiranya menurunkan topeng muka mereka ke dagu sebagai kesedaran kepada masyarakat.

"Antara Guna Secara Betul Atau Tanggal Sepenuhnya," KKM Kongsi Cara Pemakaian Topeng Muka Dengan Betul
Kredit: Twitter KKM

Menurut gambar, dagu adalah kawasan yang terdedah dan jika seseorang menurunkan topengnya ke dagu, bahagian dalam topeng akan tercemar.

Apabila individu tersebut memutuskan untuk membuka topeng yang sama untuk menutup hidung dan mulut, kawasan tersebut akan dijangkiti oleh bakteria atau virus atau kuman.

Oleh itu, individu telah dinasihatkan untuk menanggalkan topengnya sepenuhnya sekiranya mereka ingin makan, minum atau melakukan aktiviti di mana mereka harus menanggalkan topeng tersebut.

Disamping itu, Ketua Pengarah Kesihatan mengatakan bahawa orang harus memakai topeng muka mereka dengan betul dan jika mereka harus menanggalkan topeng untuk sebarang aktiviti, mereka harus menanggalkannya sepenuhnya.

“Sama ada anda memakai topeng anda dengan betul atau menanggalkannya sepenuhnya,” kata Dr Noor Hisham menerusi Facebook.

Tiba masanya untuk tukar dari amalan turunkan topeng ke dagu kepada tanggal sepenuhnya sekiranya melakukan aktiviti yang memerlukan kita untuk membuka topeng.

Sekiranya rakan atau ahli keluarga anda masih turunkan topeng mereka ke dagu, tegurlah mereka dan nasihat mereka untuk buka sahaja topeng muka apabila melakukan aktiviti yang memerlukan pembukaan topeng. Kita jaga kita, ok gais?

Sumber
Twitter KKMThe Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button