fbpx
Cerita Borneo

Aplikasi Bayar Minyak Terus Dari Telefon Bimbit Kini Boleh Digunakan Di Stesen Petronas Terpilih Di Sarawak

Tak perlu lagi berjalan ke kaunter, hanya perlu bayar terus dari telefon bimbit dari dalam kenderaan

Mengisi minyak kenderaan merupakan satu kerja rutin bagi mana mana pemilik kenderaan bermotor. Pasti ada antara anda pula, malas untuk berjalan jauh ke kaunter untuk membayar minyak dan mesti juga antara anda yang malas untuk menggunakan kad debit kerana perlu ada pre authorisation yang kebiasaannya ‘menahan’ RM200 dari akaun anda untuk tujuan mengisi minyak .

Kini, Petronas hadir dengan sebuah aplikasi yang dinamakan SETEL. Aplikasi ini adalah sebuah aplikasi dompet digital di mana aplikasi ini mempunyai fungsi pintar yang membenarkan anda membayar minyak terus dari telefon bimbit tanpa perlu risau ketiadaan wang tunai ataupun berjalan jauh ke kaunter.

Aplikasi Bayar Minyak Terus Dari Telefon Bimbit Kini Boleh Digunakan Di Stesen Petronas Terpilih Di Sarawak
Aplikasi Bayar Minyak Terus Dari Telefon Bimbit Kini Boleh Digunakan Di Stesen Petronas Terpilih Di Sarawak

Anda Hanya Perlu Pilih Nombor Pam Dan Terus Mengisi Minyak

Fungsi aplikasi ini sangat jelas, setibanya anda di stesen minyak Petronas yang menyokong fungsi ini anda hanya perlu buka aplikasi ini dan pilih no pam minyak anda dan terus mengisi minyak. Anda juga mempunyai pilihan untuk mengisi dengan nilai tetap ataupun terus tangki penuh. Segalanya diuruskan tanpa bantuan pump attendant atau pun pergi ke kaunter pembayaran.

Kredit : Lowyat.net

Ketahui stesen minyak berhampiran yang menyokong pembayaran SETEL terus dari telefon bimbit anda

Aplikasi ini dilengkapi dengan fungsi GPS, di mana apabila anda perlu mengisi minyak maka anda akan dapat mengetahui stesen minyak terdekat yang menyokong penggunaan aplikasi ini. Tak perlu pening pening nak cari, segalanya kini di hujung jari! Anda juga boleh hubungkan kad mesra anda terus ke dalam aplikasi ini dan mula mengumpul mata setiap kali anda mengisi minyak atau membeli barang di Kedai Mesra Petronas. Mata mesra ini nanti pula anda boleh gunakan untuk menebus minyak, atau pun boleh ditukarkan ke mata BIGPOINT AirAsia.

Dapatkan REBAT 10% Untuk 3 Kali Pengisian Minyak Dengan Nilai Keseluruhan RM90

Bagi pengguna baru aplikasi SETEL, anda akan mendapat rebat 10% untuk 3 kali pengisian minyak untuk kenderaan anda. Anda hanya perlu pastikan yang anda mengisi minyak dengan nilai RM30 untuk setiap kali pengisian, dan RM90 minimum untuk jumlah keseluruhan! Segalanya khas untuk anda hanya dengan menggunakan aplikasi ini.

Untuk muat turun aplikasi ini anda boleh tekan butang di bawah :

Artikel Berkaitan

Back to top button