fbpx
Cerita Borneo

Aplikasi Sedia Ada Dalam Smartphone Yang Memudahkan Hidup Anda

Banyak sahaja aplikasi sedia ada yang memudahkan hidup kita, tak perlu bazir pun dana rakyat untuk buat sesuatu yang serupa

Aplikasi Sedia Ada Dalam Smartphone Yang Memudahkan Hidup Anda. Semenjak dua menjak ini, pelbagai jenis aplikasi telah muncul dengan kononnya akan dapat menyelesaikan masalah hidup kita seharian. Namun begitu, selama ini sudah wujud aplikasi aplikasi sedia ada yang juga menyelesaikan masalah yang sama malah mungkin lebih sempurna.

Aplikasi Untuk Navigasi dan Juga Semakan Trafik Untuk Perjalanan

1. Google Maps
Google Maps adalah aplikasi navigasi dan juga untuk semakan trafik. Jika anda tidak tahu jalan ke sesuatu tempat, google maps boleh membantu navigasi anda dan mereka juga mempunyai data yang cukup untuk memberitahu anda pilihan jalan yang anda untuk ke destinasi anda. Untuk memudahkan anda juga, Google Maps turut mempunyai heat map bagi menandakan kawasan jalan yang sesak supaya anda boleh merancang perjalanan anda sebaiknya.

Aplikasi Sedia Ada Dalam Smartphone Yang Memudahkan Hidup Anda

Selain itu, Google Maps juga mempunyai pelbagai fungsi lain. Sekiranya anda ingin meneroka sesuatu tempat juga anda boleh terus menggunakan aplikasi ini. Tidak perlulah membazir dana lain untuk membina sesuatu yang sama kerana lebih baik gunakan google maps ini kerana mereka sudah mempunyai existing userbase dan juga data yang cukup.

Google Maps menggunakan kaedah crowdsourcing di mana data yang dimasukkan adalah hasil kerjasama oleh pelbagai pihak. Bagi pemilik perniagaan yang mengesahkan perniagaan mereka menerusi Google My Business pula, data lokasi perniagaan mereka juga akan ditarik masuk terus ke dalam aplikasi ini bagi memudahkan pelanggan mencari mereka.

Aplikasi Sedia Ada Dalam Smartphone  Yang Memudahkan Hidup Anda

Jika anda ingin membina aplikasi dengan menggunakan teknologi dan data sedia ada platform Google Maps, anda juga boleh melakukan sedemikian. Anda hanya perlu menambah Software Development Kit(SDK) mereka dan menggunakan Application Programming Interface mereka yang sudah lengkap. Ah tidak perlulah membazir jutaan ringgit untuk buat semula semua benda ini.

Aplikasi Untuk Bekerjasama Dan Menyimpan Fail Di Atas Talian

2. Google Sheets/Docs/Forms/Slides/Keep/Drive Dan Lain Lain Di Bawah Kategori GSUITE

Google Sheets/Docs/Forms/Slides/Keep/Drive adalah produk dari Google yang disediakan secara percuma. Kesemua aplikasi ini boleh diakses melalui telefon pintar anda, laptop dan juga komputer biasa. Dengan adanya internet, anda boleh berkolaborasi secara real time untuk segala perkara yang melibatkan spreadsheets,presentation dan anda tidak perlukan pendrive lagi kerana Google Drive adalah pengganti kepada kegunaan pendrive.

Aplikasi Sedia Ada Dalam Smartphone  Yang Memudahkan Hidup Anda

Anda juga tidak perlu bazirkan jutaan ringgit untuk berhubung atau mengadakan perjumpaan jarak jauh kerana mereka juga mempunyai aplikasi Google Hangouts & Chat yang membenarkan interaksi melalui video call. Semua ini adalah percuma dan yang lebih penting adalah data anda sentiasa dilindungi.

Aplikasi Untuk Berbelanja Di Atas Talian

3. Platform E Commerce : Shopee Dan Lazada

Aplikasi Sedia Ada Dalam Smartphone  Yang Memudahkan Hidup Anda

Shopee dan Lazada merupakan platform marketplace atas talian yang mempunyai ratusan juta pengguna di serata dunia. 2 platform ini juga merupakan top 20 website di Malaysia, jelas menunjukkan mereka mempunyai pengunjung yang banyak dan juga kerap ke platform platform ini. Ratusan ribu produk boleh didapati di platform ini dan mereka juga sudah mengeluarkan dana khas untuk pemasaran. Maka tidak perlu lagi membina marketplace dengan harga jutaan ringgit hanya untuk membina platform yang sama. Sabah, sebagai contoh hanya bekerjasama dengan shopee untuk melancarkan S-Mart yang didedikasikan khas untuk kegunaan rakyat Sabah.

Baca di sini : Shopee Lancarkan S-Mart, Kedai Atas Talian Khusus Bagi Sabah

Aplikasi Untuk Menjual Tiket Dan Mempromosi Acara

Aplikasi Sedia Ada Dalam Smartphone  Yang Memudahkan Hidup Anda

4. Platform Jual Tiket Dan Acara
Peatix dan Eventbrite pula merupakan platform yang dibina khas untuk anda mempromosikan acara anda secara percuma. Namun begitu, jika acara anda merupakan acara berbayar maka mereka akan mengenakan cas minimal untuk transaksi pembelian tiket. 2 Aplikasi ini juga mempunyai puluhan juta pengguna sedia ada, maka sangat mudah untuk anda mempromosikan acara anda ke serata dunia.

Aplikasi Sedia Ada Dalam Smartphone  Yang Memudahkan Hidup Anda

Tak perlulah nak bazir duit untuk mencipta platform yang sama, kerana semua ini telah sedia ada.

Ada lagi aplikasi lain, anda hanya perlu cari di Google Play Store atau Apple App Store

Sebenarnya, banyak lagi aplikasi sedia ada yang lain yang boleh memudahkan kehidupan kita seharian. Aplikasi penghantaran makanan sebagai contohnya, sudah berderet terdapat di bandar bandar utama dan perlahan lahan sudah meluas ke kawasan pinggir bandar juga. Semua ini dibina dengan dana dari swasta, dan dikendalikan oleh pasukan proffessional maka tidak perlulah lagi diolah semula dengan fungsi yang sama.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close