fbpx
Cerita Borneo

Arahan Baru Telah Diwartakan, Sarawak Ikut Benarkan Empat Orang Dalam Satu Kenderaan

Sarawak akan mematuhi arahan baharu itu memandangkan ia telah diwartakan undang-undang

Arahan Baru Telah Diwartakan, Sarawak Ikut Benarkan Empat Orang Dalam Satu Kenderaan. Sarawak hari ini mengikuti arahan kerajaan persekutuan dengan membenarkan 4 orang dalam satu kenderaan.

Arahan Baru Telah Diwartakan, Sarawak Ikut Benarkan Empat Orang Dalam Satu Kenderaan
Arahan Baru Telah Diwartakan, Sarawak Ikut Benarkan Empat Orang Dalam Satu Kenderaan | Gambar Fail, UKAS

“Ini keputusan kerajaan negeri memandangkan arahan ini telah diwartakan sebagai undang-undang, Sarawak akan mematuhinya.
“Maknanya, kita sekarang membenarkan empat orang dalam satu kenderaan,”

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Arahan tersebut adalah berkuat kuasa serta merta.

Kerajaan Pusat Benarkan 4 Orang Satu Kereta Keluar Mulai 4 Mac

Semalam, Kerajaan pusat membenarkan perjalanan kenderaan persendirian dengan maksimum 4 penumpang sekaligus. Walau bagaimanapun, individu tersebut haruslah ahli keluarga sahaja.

Tambahnya lagi, kesemua mereka haruslah merupakan ahli keluarga dan tinggal di sebuah kediaman yang sama. Ini tidak termasuk rakan atau orang lain.

Menerusi sidang media tersebut juga, Ismail Sabri turut memberitahu bahawa pengangkutan awam akan dibuka seperti biasa bermula esok.

Hari ini Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah pun diwartakan.

Oleh yang demikian, semua pihak sama ada di peringkat negeri mahu pun daerah di seluruh negara adalah tertakluk kepada prosedur operasi pencegahan standard (SOP) yang ditetapkan seperti yang diwarta mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Baca Juga Artikel Berkaitan :

Artikel Berkaitan

Back to top button