Daerah Kudat terletak di bahagian utara Sabah. Pada masa dahulu, Kudat merupakan sebuah pusat pentadbiran pertama sebelum berpindah ke sandakan dan
Jesselton (Kota Kinabalu).
Daerah Kudat mempunyai 3 buah pusat pentadbiran iaitu Kudat Proper, Pekan Karakit, Pu Banggi dan Pekan Matunggong.
Pekan Kudat pada tahun1890
Kaum Rungus merupakan penduduk asal Kudat sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Kudat dipanggil sebagai “tonjung Berungus” atau disebut juga sebagai Tambarungus.
Mengikut cerita yang diceritakan oleh kaum Rungus, terdapat beberapa orang peniaga Cina yang datng ke Tanjung Berungas.
Ketika itu, Kudat dipenuhi oleh rumput lalang, peniaga cina yang hairan melihat rumput-rumpat yang tumbuh di merata-rata tempat bertanya kepada penduduk tentang rumput tersebut,
penduduk yang ketika itu terdiri daripada kaum Rungus memberitahu mereka bahawa rumput itu berlama “Kutad” yang membawa maksud “Rumput Lalang” dalam bahasa Rungus.
Peniaga Cina yang tidak dapat menyebut perkataan “kutad” kerana pelat telah menyebutnya sebagai Kudat. Jadi inilah salah satu daripada cerita asal usul nama Kudat,mengikut cerita yang disampaikan oleh kaum Rungus, yang kini tiggal di pedalaman Kudat, Sabah. Nama Kudat terus kekal dan digunakan sehingga kini tanpa perubahan.
Namun begitu, menurut cerita lisan yang diceritakan oleh penduduk tempatan, nama Kudat berasal dari satu peristiwa lucu yang berlaku pada 100 tahun yang lalu. Dikatakan pada suatu malam, semasa penduduk di pinggir laut sedang tidur, mereka dikejutkan dengan bunyi yang kuat dari hon sebuah kapal “Santi” yang menyebabkan mereka menjerit “takuddat aku” sambil berlari.
Seterusnya perkataan ‘takuddat’ dipendekkan dan menjadi ‘Kudat’, dan perkataan ini dikekalkan menjadi nama bagi tempat ini.
Sumber- Urang Sabah