fbpx
Cerita Borneo

Asal Usul Sejarah Bandar Sibu Yang Anda Perlu Ketahui

Asal Usul Sejarah Bandar Sibu Yang Anda Perlu Ketahui

Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menurut Sarawak Gazette, Sibu merupakan bandar yang utama di sepanjang Sungai Rejang. Pada masa itu, Sibu hanya merupakan sebuah kampung Melayu yang kecil di mana rumah mereka diperbuat daripada rumah kayu dan tidak jauh dari situ terdapat pasar orang cina. Di sana kira-kira terdapatnya 60 buah kedai. Di sebelah sungai juga terdapat sebuah masjid. Berikut adalah petikan yang diambil suratkhabar tersebut.

Pada 1 June 1841, Raja Putih, Charles Brooke menjadikan Sibu sebagai division ketiga. Nama Sibu adalah diambil oleh sejenis rambutan yang dipanggil “Buah Sibau” dalam bahasa Iban. ‘Sibau’ ialah buah-buahan kegemaran orang Iban yang mirip kepada rambutan dan banyak terdapat di Sibu. (See Hua Daily New, 3.5.1993 )

Sebelum tahun 2000 bandar Sibu masih menjadi bandar kedua besar di Sarawak. Kini Sibu menjadi menjadi bandar yang ketiga besar di Sarawak selepas bandar Kuching dan Miri (Miri menjadi bandaraya pada 20 May 2005). Suatu ketika dulu ia menjadi pusat pentadbiran Bahagian Sibu yang terdiri daripada Daerah Sibu, Daerah Oya, Dalat, Ballingan, dan Daerah Kanowit. Selain itu, bandar Sibu juga berperanan sebagai pusat perniagaan, perdagangan, dan pengeluar kayu balak yang utama. Oleh itu, boleh dikatakan bandar Sibu ialah bandar utama di lembangan sungai Rajang yang merangkumi bahagian Sibu, Sarikei, Kapit, dan sebahagian timur laut Sri Aman. Semua bandar-bandar ini menjalingkan hubungan yang rapat dengan bandar Sibu. Jika Kuching merupakan pintu masuk utama di bahagian selatan Sarawak, maka Sibu pula adalah merupakan pintu masuk utama di kawasan tengah Sarawak.

Asal Usul Sejarah Bandar Sibu Yang Anda Perlu Ketahui

Pada tahun 1901, sebuah rombongan orang cina yang berdialek “foochows” di bawah pimpinan oleh Mr. Wong Nai Siong bertapak di Sibu. Mr. Wong merupakan seorang ahli dalam persatuan pembangkang “Ming Ching”. Terdapat dua faktor utama beliau datang ke Sibu dan membuka tanah di sini.

(a) Larikan diri daripada pemeritahan dinasti Ching yang bersifat keganasan dan keadaan huru hara di negara China.

(b) Mencari tapak atau tempat baru untuk dijadikan kawasan penempatan baru.

Sebelum Wong sampai ke Sibu, beliau juga pernah mengunjungi ke Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Sumatera. Namun kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tempat tapak kediaman, sehingga beliau datang ke Pulau Borneo. Wong mendapati kawasan tanah di tepi sungai Rejang amat sesuai dan subur untuk aktiviti pertanian. Dengan itu, akhirnya beliau memilih Sibu sebagai tanah baru untuk dijadikan tapak penempatan bagi mereka.

Asal Usul Sejarah Bandar Sibu Yang Anda Perlu Ketahui

Wong dengan serta merta berjumpa dengan Raja Muda Borneo, Charles Brooke membincangkan dengan isu pendirian tapak pertanian di kawasan Sibu. Satu perjanjian telah ditangani antara Raja Brooke dengan Wong Nai Siong pada 9 july 1900 di Kuching. Perjanjian tersebut mengandungi 17 syarat, salah satu syarat membenarkan imigran orang cina datang untuk menjalankan aktiviti pertanian di kawasan ini. Selepas perjanjian 9 july ditangani, terdapat tiga kumpulan orang cina (kebanyakan orang Foochow) datang ke Sibu.

Kumpulan pertama : 20-2-1901 sebanyak 72 orang.

Kumpulan kedua : 16-3-1901 sebanyak 535 orang.

Kumpulan ketiga : 7-6-1902 sebanyak 511 orang.

Pada akhirnya sejumlah 1118 orang cina imigran datang ke Sibu selepas perjanjian ditandatangani. Mereka mendirikan kawasan penempatan di tepi Sungai Merah dan dijadikan titik permulaan penerokaan. Usaha mereka bukan berhenti di sini sahaja malah terus meneroka ke kawasan pedalaman dan di sepanjang kawasan Lanang. Golongan Foochow inilah menjadi masyarakat yang dominan di bandar Sibu. Jadi bandar Sibu juga dikenali ‘New Foochow’ seperti yang dicatatkan dalam salah satu suratkhabar yang wujud paling awal di Sarawak ‘Sarawak Gazette’, menurutnya :

The Settlers are from Foochow and style their place the New Foochow.

Kesimpulannya, masyarakat yang dominan (Foochow), mereka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bandar Sibu dan semangat keusahaan mereka tidak terputus sehingga hari ini. Selain itu, mereka dipercayai merupakan golongan peneroka yang pertama membuka akitiviti pertanian di bandar Sibu. Namum selain Foochow, Kantonis, dan Heng Hua juga berperanan dalam perkembangan sektor pertanian di bandar Sibu.

Sumber : Sarawak Gazette,SHDN

 

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close