fbpx
Cerita Borneo

Awal Sambut ‘Kebebasan’, Anggota Polis Ambush Bistro Di Sabah

Jangan moginum dulu, bossku

Awal Sambut ‘Kebebasan’, Anggota Polis Ambush Bistro Di Sabah. Semenjak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), warga Malaysia sudah bermulai rasa kawalan yang telah dilonggarkan sejurus dengan SOP PKPB.

Malah, beberapa premis perniagaan dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 10 malam. Namun, just because you are ‘free’ tak semestinya anda boleh sewenang-wenangnya keluar lepak kat bar, kawan sa.

Awal Sambut 'Kebebasan', Anggota Polis Ambush Bistro Di Sabah
Awal Sambut ‘Kebebasan’, Anggota Polis Ambush Bistro Di Sabah

Insiden berlaku di Sabah

Menurut sebuah status disertai sekeping gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook ini, ia menunjukkan beberapa anggota polis menghampiri sebuah bar terletak di Plaza 333, Sabah. Dipercayai anggota polis terbabit menyerbu premis tersebut, yang dipenuhi oleh beberapa individu duduk bersama kat beberapa meja yang terletak dalam premis itu.

Walaupun meja diletak berjarak jauh antara satu sama lain, ternyata premis tersebut tidak sesuai untuk dibuka selaras dengan kelonggaran perniagaan untuk beroperasi.(For obvious reasons…)

Anggota polis dipercayai menyerbu premis terbabit. Kredit: Randolf Paza

Gambar tersebut lalu tular dalam Facebook yang kini dikongsi sebanyak 1.7K setakat penulisan ini. Beberapa pengguna Facebook menyuarakan pendapat mengenai gambar terbabit.

“…Virus ini tak kira siapa-siapa dan boleh menjangkit sesiapa sahaja. Bukan nak minta tapi ingat, ya. Minum boleh dibuat bila-bila, tapi nyawa hanya satu.”

“…Ketepikan dahulu tabiat berminum walaupun musim Kaamatan tak lama lagi. Sekiranya kes meningkat lagi, kita akan dikenakan PKP kembali.”

“…Cuba lah faham perbezaan PKP dengan PKPB. Sekiranya PKP dikembalikan, jangan pula kongsi dalam Facebook betapa bosannya di rumah, oleh kerana kamu yang degil.”

“Saya pun suka lepak sampai pukul 3, 4 pagi dengan kawan-kawan saya, tapi saya dapat juga patuh kepada peraturan. Jangan fikirkan kehausan anda sahaja, fikirkan para petugas barisan hadapan kita itu. Mereka pun sudah penat, mereka pun ada anak dan bini.”

Netizen ini pula berkata atas sebab pembukaan premis minuman keras tidak digalakkan adalah akibat-akibatnya setelah orang sudah ‘layap’ minum arak.

“Permulaannya memang lah semua akan menjaga jarak sosial. Tapi kalau sudah mabuk, semua akan melekat sesama diri. Tak kira atas, bawah, pertengahan meja. Lebih bagus lagi kalau anda bawa pulang sahaja minuman itu. Kalau dah terlalu mengidam, bawa sekali meja, bangku, gelas, sama pelayan dia bersama anda ke rumah.”

Seorang lagi bersoal di mana kesalahan dalam gambar tersebut. Menurut netizen ini, premis makanan dan minuman dibenarkan beroperasi jadi mengapa bistro ini diserbu pula.

“Saja nak ingin tahu, apakah SOP yang mereka tidak patuh? Adakah pelanggan atau pemilik premis yang tidak mematuhinya? Menurut SOP PKPB, makanan dan minuman dibenarkan, 2-4 orang untuk satu meja, dan meja dijarakkan sejauh 1-2 meter. Pemeriksaan suhu dilaksanakan. Maklumat pelanggan dicatatkan sebelum dibenarkan duduk di premis. Perniagaan makanan dan minuman beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam. Sila jelaskan.”

Apakah pendapat anda tentang pembukaan premis hiburan, walaupun dikategori sebagai perniagaan makanan dan minuman? Komen dan jangan lupa kongsi!

Sektor pelancongan domestik sudah dibenarkan beroperasi di Sabah. Baca selanjutnya di artikel ini:

Berikut adalah peraturan PKPB yang harus diikuti oleh semua negeri. Selanjutnya dalam artikel di bawah:

Artikel Berkaitan

Back to top button