Bayaran yang diberikan untuk jawatan sambilan itu adalah sebanyak RM54 sehari
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, sebanyak 8,024 kekosongan jawatan sambilan sebagai pembanci ditawarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) di Sarawak.

Laporan tersebut dikeluarkan selepas Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menerima kunjungan daripada DOSM Sararawak berhubung pelaksanaan Banci 2020.
Laporan tersebut turut memetik Timbalan Pengarah DOSM Sarawak, Dayang Rozana Abang Hassan memberitahu operasi MyCensus Negeri Sarawak akan merangkumi 40 daerah pentadbiran. Jawatan penyelia dan pembanci akan diambil dari luar di mana ia akan membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang inginkan pengalaman sebagai pembanci.
Berdasarkan carian kami, anda boleh ke pautan : https://jobs.mycensus.gov.my/sign-up untuk permohonan sebagai pekerja sambilan banci penduduk dan perumahan 2020.
Baca Artikel Kami Yang Lain :
TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 171 Kes Positif Baharu
1 kes kematian baharu hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 171…
Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid
Remaja berusia 16 tahun ini merupakan individu termuda pernah ditahan atas kes seperti ini oleh ISA. Remaja Berusia 16 Tahun…
Berikut Adalah 10 Kluster COVID-19 Yang Masih lagi Aktif Di Sarawak
2 Kluster baharu yang telah diumumkan semalam di Sarawak termasuk dalam 10 Kluster aktif ini. Berikut Adalah 10 Kluster COVID-19…