fbpx
Cerita Borneo

Band Dari Sarawak Tampil Kreatif Hasilkan Cover Lagu Raya Guna Sape

The Band’s Name is ‘Meruked’

Band Dari Sarawak Tampil Kreatif Hasilkan Cover Lagu Raya Guna Sape. Sudah genap dua bulan Malaysia dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak dikuatkuasakan 18 Mac yang lalu, diikuti oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semenjak 4 Mei yang lalu.

Walaupun warga Malaysia tidak dibenarkan menziarahi rumah ke rumah semasa musim perayaan Hari Raya dan Gawai Dayak, tidak dinafikan semangat perayaan masih membara di kalangan masyarakat Malaysia despite being in the midst of a global pandemic.

Ini boleh dikatakan tentang Meruked, sebuah band daripada Sarawak yang telah menghasilkan sebuah cover lagu sempena Hari Raya, sebagai tujuan semangat untuk mereka yang terpaksa meraikan berjauhan daripada ahli keluarga.

Ditubuhkan pada tahun 2016

Sebilangan orang mungkin sudah mengenali band ini, tetapi bagi mereka yang baru mendengar nama mereka, Meruked (disebut sebagai ‘Me-ru-KAD‘) adalah sebuah band yang memainkan muzik ambien tradisional + moden dan berpusat di Kuching, Sarawak.

Untuk pengetahuan anda, Meruked bermaksud ‘everlasting’ dalam bahasa Lun Bawang.

Band Dari Sarawak Tampil Kreatif Hasilkan Cover Lagu Raya Guna Sape. Kredit: Facebook

Meruked bermula dengan Ashraf (Ash) iaitu vokalis band tersebut, Gideon sebagai pemain sape dan Abdul Farouq, pemain gitar utama ketika mereka bermain persembahan pertama mereka pada sekitar 2016. Line-up band tersebut akhirnya dipenuhi pada September 2016, setelah disertai oleh Athif sebagai pemain bass, serta Titus dan Syafiq sebagai percussionist band tersebut.

Meruked merupakan sebuah band yang memainkan muzik ambien tradisional dan moden, tetapi masih dalam kategori alunan tradisional. Kredit: Facebook

Kadang-kadang mereka akan merekrut seorang percussionist bersesi iaitu ‘QueQue’ (nama manja diberi oleh ahli band tersebut) untuk mengganti salah seorang daripada percussionist sekiranya salah satu daripada mereka tidak dapat bermain untuk persembahan langsung mereka.

Cerita Disebalik Cover Lagu ‘Pulanglah’ – Aishah

Menurut Ash iaitu vokalis band Meruked, beliau berkata cover tersebut diilhamkan dari kenyataan bahawa kebanyakan orang terpaksa meraikan musim perayaan jauh daripada orang yang tersayang.

“Lagu tersebut mempunyai nada suram dan mempunyai maksud yang mendalam kepada kita semua, terutamanya saya yang tidak dapat menyambut Hari Raya bersama ahli keluarga saya. Seperti apa yang tengah berlaku di seluruh dunia sekarang di mana semua orang terjejas akibat pandemik, lagu ini merupakan peringatan pedih dimana kita semua tidak dapat pulang ke keluarga masing-masing, terutamanya semasa musim perayaan kali ini,” ujarnya lagi.

Menurut penerangan dibawah video cover lagu tersebut dalam Youtube, muziknya disusun oleh Titus, dan dimain menggunakan sape yang dimainkan oleh Gideon manakala gitar dimain oleh Syafiq dan keyboard dimain oleh Abdul Farouq. Athif bertindak sebagai direktor dan Ashraf sebagai make up artis. Betapa serba bolehnya mereka!

Cover tersebut mempunyai nada suram dan mempunyai maksud yang mendalam kepada mereka. Kredit: YouTube

Perlu membiasakan diri dengan norma baharu

Ash berkata lagi akibat semua orang terjejas akibat pandemik ini, mereka terpaksa membiasakan diri dengan norma baharu.

“Sepanjang PKP/PKPB, kami hanya mengeluarkan cover lagu ‘Pulanglah’ kerana kami semua masih tengah membiasakan diri dengan norma baharu. Atas sebab kebanyakan daripada kami mempunyai pekerjaan, kami masih menyesuaikan diri sementara mencari masa untuk mengeluarkan material baru. Walau bagaimanapun, kami akan mengeluarkan beberapa podcast,” kata beliau.

Beliau berkata lagi beberapa lagu sudah ditulis dan berharap lagu-lagu tersebut boleh dikeluarkan tak lama lagi. Can’t wait for it!

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka dan juga mendengar lagu mereka, anda boleh follow mereka di media sosial berikut:

Facebook:

Instagram:

YouTube:

Ketahui lagi tentang band-band di Sarawak di sini:

Artikel Berkaitan

Back to top button