fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Bangga Membunuh Anjing, Wanita Ini Dikecam Netizen

Kedung BK Oleh Kedung BK
9 Mei 2020
Bangga Membunuh Anjing, Wanita Ini Dikecam Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

“Saya pernah bunuh anjing jiran saya”

Bangga Membunuh Anjing, Wanita Ini Dikecam Netizen. Tular baru-baru ini sebuah video yang dimuatnaik lima tahun lepas memaparkan seekor kucing diseksa sehingga mati, kini sebuah komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna Facebook mencetus kemarahan netizen, terutamanya pencinta haiwan.

Bangga Membunuh Anjing, Wanita Ini Dikecam Netizen
Bangga Membunuh Anjing, Wanita Ini Dikecam Netizen

Mendidik halal dan dosa membunuh anjing?

Menurut sebuah status yang dimuatnaik oleh Persatuan Haiwan Malaysia, wanita terbabit meninggalkan komen menceritakan bagaimana dia membunuh anjing peliharaan jirannya dengan hanya menggunakan sardin dan 1 tin racun tikus.

Bangga Membunuh Anjing, Wanita Ini Dikecam Netizen

Wanita terbabit menggunakan alasan anjing yang memudaratkan boleh dibunuh, menurut nasihat yang diberi oleh seorang ustaz. Persatuan Haiwan Malaysia turut menyindir wanita tersebut dengan berkata wanita itu mendidik masyarakat tentang halal dan dosa membunuh anjing.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Beberapa netizen kecam tindakan wanita tersebut dengan berkata,

“Tolong jangan cemarkan agama kita. Mana boleh membunuh makhluk hidup! Jangan cuba berbohong kepada diri sendiri dan mengajar orang lain tindakan menjijikkan ini!”

“Dan kamu bangga pula dengan tindakan ini? Sangat menjijikkan! Tidak ada yang mengatakan bahawa ia ‘halal’. Jangan menyebarkan mesej yang salah!”

Malah, ada juga berkata mereka memberi makanan kepada anjing walaupun mereka beragama Islam.

Bangga Membunuh Anjing, Wanita Ini Dikecam Netizen
Pengguna FB ini berkata beliau menggunakan sarung tangan dan apron apabila memberi makanan kepada anjing perliharaan beliau. Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia
Pengguna FB ini pula sedekahkan makanan kepada anjing jalanan. Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

Ada juga yang berkata wanita tersebut tidak faham secara mendalam nasihat yang diberikan oleh ustaz yang dirujuknya dan bertindak secara buta dengan membunuh anjing perliharaan jiran dia sendiri.

Kejam nya! Sanggup membunuh makhluk ciptaan Tuhan, ini pula haiwan perliharaan jiran sendiri! Apakah pula perasaan jiran dia setelah melihat anjing kesayangan mati tiba-tiba. Mesti beribu perasaan, dan lebih menyedihkan, kematian anjing dia disebabkan jiran sendiri.

Tahukah Anda Bermula Dari RM 10, Anda Boleh Bantu Haiwan Di Miri Crocodile Farm Untuk Terus Hidup?

Share135Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy