fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Bangga Tak Pakai Mask, Lelaki Gelar Rakyat Haiwan Ternakan Sebab Patuh SOP

iloveborneo Oleh iloveborneo
26 Julai 2020
Bangga Tak Pakai Mask, Lelaki Gelar Rakyat Haiwan Ternakan Sebab Patuh SOP
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Pemakaian pelitup muka akan diwajibkan mulai 1 Ogos 2020

Bangga Tak Pakai Mask, Lelaki Gelar Rakyat Haiwan Ternakan Sebab Patuh SOP. Mulai 1 Ogos 2020, orang ramai diwajibkan untuk memakai pelitup muka sekiranya berada di tempat yang sesak. Peraturan tersebut juga dikenakan kepada mana-mana individu yang menaiki pengangkutan awam seperti LRT, bas, serta kapal terbang.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Jelasnya, keputusan tersebut dicapai semasa mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan sikap rakyat yang kini semakin leka dan kurang mengamalkan SOP seperti yang disarankan.

ADVERTISEMENT

Akan tetapi lain pula halnya apabila seperti biasa muncul individu yang acah acah rebel cuba bertindak untuk menonjolkan diri dengan sengaja melakukan kesalahan.

Bangga dengan mengatakan dirinya membawa pelitup muka hanya untuk mencukupkan syarat!

“Tadi aku p mall. Aku bersama bini dan anak2 tak pakai mask. Cuma bawak mask buat syarat nak bagi lepas guard cek masa nak masuk parking ja. Itu pun tunjuk mask kat tangan 😂

ArtikelBerkaitan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini

ADVERTISEMENT

Dalam mall tu semua orang pakai mask bertutup semuanya.

Aku bisik kat bini aku. Segarnya kan sayang, kita sekeluarga Allah SWT bagi nikmat sedut oksigen yang segar bugar harini tanpa ada sebarang pencemaran mulut2 manusia tak gosok gigi. 😆”

ADVERTISEMENT

P/s:
Kau nak pakai mask tu pakai ler. Jangan la pandang orang tak pakai mask macam nampak haiwan masuk mall. Kau tu sebenarnya haiwan ternakan takda akal yang turut saja segala arahan penternak kau!
Belum lagi 1 Ogos dah beria eh hangpa 😆

Kenyataan individu tersebut yang dengan bangga memuatnaik status tersebut terus mengundang kecaman netizen yang rata ratanya tidak berpuas hati terhadap kenyataan tersebut.

Tidak cukup dengan status tersebut, beliau memuatnaik lagi koleksi gambar pemimpin pemimpin negara kita.

Nampaknya dengan kes yang meningkat naik selepas PKP dilonggarkan, masih ada yang sanggup mempromosikan pelanggaran SOP.

Perjalanan kita masih panjang, rantaian harus diputuskan!

Baca juga artikel lain :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy