fbpx
Cerita Borneo

“Bantu Dulu, Delivery Kemudian” Sikap Lelaki Penghantar Makanan Di Kuching Ini Buat Netizen Tersentuh

Faith in Humanity Restored!

“Bantu Dulu, Delivery Kemudian” Sikap Lelaki Penghantar Makanan Di Kuching Ini Buat Netizen Tersentuh . Seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya ketika menghadapi kerosakan motosikal semasa kesesakan jalan raya. Beverly Brithany Barnabas atau juga dikenali sebagai Barnabas telah memuat naik satu status menceritakan situasinya dan bagaimana seorang delivery boy yang tengah membuat penghantaran makanan sanggup melawan arus semata-mata untuk membantu seorang yang langsung tidak dikenali.

"Bantu Dulu, Delivery Kemudian" Sikap Lelaki Penghantar Makanan Di Kuching Ini Buat Netizen Tersentuh
“”Bantu Dulu, Delivery Kemudian” Sikap Lelaki Penghantar Makanan Di Kuching Ini Buat Netizen Tersentuh. Kredit: Giphy

Tengah Mengalami Kerosakan Motosikal Ketika Balik Dari Kerja

Menurut Barnabas, beliau sedang pulang dari kerja apabila rantai motosikal ditunggangnya terbelit sehingga rim motosikal tidak dapat berputar. Ketika benda ini berlaku, jalanraya pun sudah sesak namun seorang penghantar makanan McDonald’s yang tengah menjalankan kerjanya terlihat kesusahan beliau dan turut melawan arus demi membantunya.

Kredit: Facebook Beverly Brithany Barnabas

Sanggup Mengotorkan Diri Untuk Membantu

Kata beliau lagi, ketika lelaki tersebut sedar dengan kerosakan motosikal itu, lelaki itu ambil screw driver untuk membantu buka rantai dengan menggunakan tangan dia sendiri.

“Tangan lelaki itu hitam akibat membantu saya untuk membuka rantai tersebut. Awal-awalnya saya menolak bantuannya kerana saya mengenang dia tengah membuat delivery, namun lelaki itu berjawab penghantaran itu kebetulan di kawasan perumahan saya juga.” Katanya.

Selepas selesai membuka rantai tersebut, lelaki itu menawar untuk towing motosikal beliau. Awal-awalnya, beliau minta lelaki itu towing sehingga ke sebuah bengkel berhampiran sebuah stesen minyak berdekatan namun bengkel tersebut tutup. Walaupun masih ada tugas untuk menghantar makanan, lelaki itu sanggup membantu towing beliau ke depan rumah beliau!

Kredit: Facebook Beverly Brithany Barnabas

Walaupun Diberi Upah, Lelaki Tersebut Tidak Mahu Menerimanya

Sebagai tanda terima kasih, beliau menghulurkan duit kepada lelaki tersebut namun ditolak. Katanya,

“Saya keras-keras hulurkan duit sebagai tanda terima kasih kepadanya, tetapi dia tidak mahu menerimanya. Saya terus simpankan duit itu ke dalam poket lelaki itu.”

Akibat lelaki itu sanggup menolongnya walaupun tengah menghantarkan makanan ke pelanggan, beliau risau lelaki tersebut akan dimarahi. Beliau berharap pelanggan yang menjangkakan makanannya semalam membaca ini demi memahami kenapa lelaki itu lambat hantarkan makanan.

“Lelaki itu boleh sahaja tidak pedulikan saya kerana dia langsung tidak kenal dengan saya, tetapi dia sanggup membantu kerana hatinya ikhlas.” Katanya lagi.

"Bantu Dulu, Delivery Kemudian" Sikap Lelaki Penghantar Makanan Di Kuching Ini Buat Netizen Tersentuh
Kredit: Facebook Beverly Brithany Barnabas

Good Samaritan

Status yang dimuatnaik semalam kini dikongsi sebanyak 258 kali dan lelaki tersebut sudah dikenal pasti. Merupakan seorang ayah kepada seorang cahaya mata, Ijai Ahceng dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dijadikan teladan kepada semua.

Beliau bersama isterinya dan cahaya mata mereka. Kredit: Facebook Ijai Ahceng

Artikel Berkaitan

Back to top button