fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Bantu Usahawan Tani Baru Bermula, Lelaki Ini Kongsi Sikap Terpuji Pemilik BATARAS Hypermarket

iloveborneo Oleh iloveborneo
4 Mei 2020
Bantu Usahawan Tani Baru Bermula, Lelaki Ini Kongsi Sikap Terpuji Pemilik BATARAS Hypermarket
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa tak kenal BATARAS Hypermarket kan?

Bantu Usahawan Tani Baru Bermula, Lelaki Ini Kongsi Sikap Terpuji Pemilik BATARAS Hypermarket. BATARAS Hypermarket semestinya satu pasaraya yang tidak asing bagi penduduk Sabah. Pasaraya tempatan ini, baru baru ini telah mengambil alih operasi pasaraya Giant di negeri tersebut.

Bantu Usahawan Tani Baru Bermula, Lelaki Ini Kongsi Sikap Terpuji Pemilik BATARAS Hypermarket
Bantu Usahawan Tani Baru Bermula, Lelaki Ini Kongsi Sikap Terpuji Pemilik BATARAS Hypermarket

Kisah Tokey Bantaras Bantu Usahawan Tani Tempatan

Di laman twitter semalam, seorang individu yang bernama Sharizal Denci telah berkongsi bagaimana usahawan tani seperti beliau telah dibantu oleh Mr Goh, iaitu pemilik Pasaraya Bataras ini.

Bermula dari hantar sayur menggunakan lori tongkang

Shahrizal mula membekalkan sayur mereka ke Pasaraya Bataras sejak beberapa tahun dahulu, kerana mereka baru sahaja bermula maka mereka hanya mampu menggunakan lori tongkang untuk menghantar sayur mereka ke pasaraya tersebut. Mr Goh, pemilik Bataras selalu puji kegigihan mereka. Kadang kala, kalau purchase order terlalu banyak mereka terpasa guna Toyata Pickup Land Cruiser mereka yang old school.

ArtikelBerkaitan

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

Sempena Hari Wanita, Ini 5 Senarai Promosi Hebat Restoran Untuk Anda

Kadang-kadang bila purchase order terlalu banyak kami terpaksa pakai Toyota pickup Land Cruiser yang juga kereta old skool. Kesian melihat kami, Mr. Goh offer lorinya untuk kami gunakan. Tapi kami menolak secara baik sebab tidak mahu terhutang budi. pic.twitter.com/otJ7w2crfP

— Shahrizal Denci (@DenciShahrizal) May 3, 2020

Mr. Goh offer ambil lori lamanya, bayar cara gentleman sahaja

Sharizal turut bercerita bagaimana pada satu hari, gearbox kenderaan yang beliau gunakan jatuh ke atas jalan raya ketika hujan lebat. Mujurlah ada juga kawan kawan mereka membantu ketika itu

Mr Goh pula apabila mengetahui kejadian tersebut terus menawarkan lori lamanya. Walaupun Sharizal mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai duit untuk membayar lori tersebut, Mr Goh berkata

“anak muda, sia nampak kamu ni betul2 mau maju, kamu ambil ni lori, kamu bayarlah berapa2 tiap bulan secara gentleman”

Sharizal pun mengambil lori tersebut dan perbaiki apa yang patut. Tanpa menoleh belakang lagi, mereka terus maju ke hadapan untuk meneruskan perjalanan.

Tidak akan sampai tahap ini tanpa peluang yang diberikan oleh Mr. Goh

Kini perniagaan Sharizal berkembang seperti mana berkembangnya Pasaraya Bataras di serata Sabah. Sharizal kini memiliki beberapa buah pickup dan lori mereka bersendiri. Kata Sharizal, mereka tidak akan sampai tahap ini tanpa peluang yang diberikan Mr Goh.

Peluang itu umpama matahari terbit

Mengakhiri ciapan beliau di laman twitter, Sharizal berkata peluang itu umpama matahari terbit, kalau kamu menanti terlalu lama, kamu akan terlepas menikmati keindahannya. Beliau juga berharap agar kisah beliau serba sedikit memberi semangat untuk adik adik yang ingin menceburi bidang pertanian.

Anda Boleh Ikuti Sharizal terus di laman twitter beliau : Sharilzal Denci

Baca Juga Artikel Lain :

Share312Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy