fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Bantuan Sarawakku Sayang Disalurkan Ke Akaun Penerima Setiap 15 Haribulan Bermula April

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
2 April 2020
Bantuan Sarawakku Sayang Disalurkan Ke Akaun Penerima Setiap 15 Haribulan Bermula April
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sebanyak 430,000 Rakyat Sarawak Terima RM250 Untuk 6 Bulan

Bantuan Sarawakku Sayang Disalurkan Ke Akaun Penerima Setiap 15 Haribulan Bermula April. Kerajaan Sarawak telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang dinamakan Pakej Sarawakku Sayang pada 23 Mac yang lalu. Dalam pakej tersebut, seramai 430,000 rakyat Sarawak yang berstatus B40 bakal menerima manfaat sebanyak RM 250 setiap bulan selama 6 bulan bermula bulan ini.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha kerajaan Sarawak hari ini, bayaran tersebut bakal disalurkan ke akaun bank penerima pada setiap 15 haribulan bermula bulan ini.

ADVERTISEMENT
Bantuan Sarawakku Sayang Disalurkan Ke Akaun Penerima Setiap 15 Haribulan Bermula April
Bantuan Sarawakku Sayang Disalurkan Ke Akaun Penerima Setiap 15 Haribulan Bermula April

Tidak Perlu Mohon, Penerima Adalah Sama Seperti Senarai Penerima BSH Januari 2020

Untuk makluman anda juga, Bantuan Khas Sarawakku Sayang ini tidak membuka permohonan kerana penerima yang bakal menerima bantuan ini merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kaedah Pembayaran Bantuan Bagi Penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Dalam ketetapan yang sama, kerajaan Sarawak turut menggariskan kaedah pembayaran seperti berikut;

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT
  • Bagi penerima yang MEMILIKI akaun bank berdaftar : Bantuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing pada setiap 15 haribulan untuk 6 bulan bermula April hingga September 2020.
  • Bagi penerima yang TIDAK MEMILIKI akaun bank berdaftar : Bantuan akan disalurkan ke Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang terdekat dengan kediaman penerima. Pembayaran akan dilakukan mengikut 2 fasa.

Fasa pertama : 15 hingga 30 April 2020

Fasa Kedua : 15 hingga 30 Ogos 2020

ADVERTISEMENT

Bagi meningkatkan transaksi tanpa kontak, kerajaan Sarawak juga menggalakkan para penerima menggunakan aplikasi SarawakPay untuk berbelanja sepanjang penularan wabak COVID-19.

Muat turun aplikasi SarawakPay di sini : Google Play Store | Apple App Store

Bantuan Sarawakku Sayang Disalurkan Ke Akaun Penerima Setiap 15 Haribulan Bermula April

Bukan itu sahaja, Pakej Sarawakku Sayang turut menggariskan beberapa manfaat lain kepada seluruh rakyat Sarawak. Baca artikel penuh di sini : Sarawak Umum Pakej Sarawakku Sayang, Bantuan RM 1,500 Kepada Golongan B40

Share10970Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy