fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Bantuan Sehingga RM1K Untuk B40 Dan M40, Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hari Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
15 Oktober 2020
Bantuan Sehingga RM1K Untuk B40 Dan M40, Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Permohonan dibuka bermula 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.

Bantuan Sehingga RM1K Untuk B40 Dan M40, Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hari Ini. Tempoh hari, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan akan melaksanakan semula pemberian Bantuan Prihatin Nasional. Kali ini dinamakan sebagai BPN 2.0.

Inisiatif di bawah Pakej Kita Prihatin ini merupakan bantuan kewangan segera untuk mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan kehilangan mata pencarian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Untuk makluman anda, permohonan baharu BPN 2.0 ini mula dibuka pada hari ini iaitu 15 Oktober secara atas talian. Penerima BPN sedia ada dan pernah menerima bantuan BPN sebelum ini hanya perlu menyemak status kelulusan BPN mereka di laman sesawang yang sama.

Individu terjejas di kawasan PKPB dan PKPD digalakkan buat permohonan atas talian

Dalam masa yang sama, individu terjejas yang kini tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) digalakkan untuk membuat permohonan secara atas talian bagi memastikan rantaian penularan dapat diputuskan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Pautan semakan status kelulusan BPN 2.0 : https://bpn.hasil.gov.my/

ADVERTISEMENT

Sekiranya anda tiada dalam rekod semakan, anda boleh membuat permohonan baharu BPN 2.0 dengan menekan butang ‘Permohonan Baharu’.

Manfaat di bawah BPN 2.0

Di bawah pakej Kita Prihatin, para penerima akan menerima manfaat seperti berikut :

ADVERTISEMENT
  • RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
  • RM500 kepada 3.8 juta individu bujang B40
  • RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • RM300 kepada 1.7 juta individu bujang M40

Berikut pula merupakan syarat kelayakan penerima BPN 2.0 :

  • Isi rumah B40 – Pendapatan di bawah RM 4,000
  • Bujang B40 – Pendapatan di bawah RM 2,000
  • Isi Rumah M40 – Pendapatan di antara RM 4,001 sehingga RM 8,000
  • Bujang M40 – Pendapatan di antara RM2,001 sehingga RM 4,000

Para penerima manfaat BPN sebelum ini secara automatik layak untuk menerima bantuan BPN 2.0.

Bantuan Sehingga RM1K Untuk B40 Dan M40, Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hari Ini
Bantuan Sehingga RM1K Untuk B40 Dan M40, Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hari Ini

BPN 2.0 ini akan disalurkan secara berperingkat iaitu pada akhir bulan Oktober 2020 dan pada akhir bulan Januari 2021.

Soalan lazim berkenaan BPN 2.0 juga boleh dibaca di sini : FAQ BPN 2.0

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Artikel berkaitan BPN yang terdahulu:

Share358Tweet224SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy