fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Bantuan Tak Sampai-Sampai, Penduduk Di PKPD Semarak Sabah Protes Bekalan Disekat

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
30 Oktober 2020
Bantuan Tak Sampai-Sampai, Penduduk Di PKPD Semarak Sabah Protes Bekalan Disekat
Share on FacebookShare on Twitter

Protes aman oleh sebahagian penduduk Taman Semarak menunjukkan ketidakpuasan hati atas masalah yang dihadapi mereka.

Bantuan Tak Sampai-Sampai, Penduduk Di PKPD Semarak Sabah Protes Bekalan Disekat. Pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Semarak ini. Antaranya adalah, bekalan dari luar tidak di benarkan masuk, ketua keluarga mahu membeli keperluan dan bekalan makanan di kedai tidak dibenarkan dan bertentangan dengan apa yang diumumkan MKN.

Pihak keluarga yang dari luar hendak menghantar barang sampai gate juga tidak dibenarkan, masuk hari keempat apa jenis bantuan makanan juga belum diberi seperti yang di umum oleh Menteri bahawa bantuan makanan akan disediakan oleh kerajaan negeri.

Bantuan Tak Sampai-Sampai, Penduduk Di PKPD Semarak Sabah Protes Bekalan Disekat
Bantuan Tak Sampai-Sampai, Penduduk Di PKPD Semarak Sabah Protes Bekalan Disekat

Arahan yang tidak seragam dan bercanggah antara agensi membuatkan penduduk kebingungan

Selain itu, arahan yang tidak seragam dan bercanggah antara agensi membuatkan penduduk kebingungan, ada aduan penduduk yang dari klinik kesihatan yang membawa sedikit bekalan makanan disekat membawa masuk makanan untuk balik kerumah.

Lokaliti PKPD Taman Semarak ini merangkumi 7 taman perumahan yang membabitkan seramai lebih 3 ribu rumah dan lebih 16 ribu penduduk.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Sepatutnyai pihak yang bertanggungjawab mengenai pengurusan COVID-19 di sesebuah daerah perlu menilai setiap masa proses dan pelaksanaan SOP. Jelas melalui SOP PKPD, PBT juga boleh menetapkan arahan dan peraturan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Tawau yang dipengerusikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau yang baru perlu turun mendengar masalah rakyat di bawah.

Bantuan Tak Sampai-Sampai, Penduduk Di PKPD Semarak Sabah Protes Bekalan Disekat

Masalah komunikasi dalam perkara ini

Terdapat masalah dari segi pelaksanaan serta penyelarasan (Komunikasi). Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmy Yahya dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan merangkap Adun Tanjung Batu, YB Andi Suryadi sendiri bersetuju terdapat masalah komunikasi dalam perkara ini.

Tidak dinafikan, ramai yang terkesan dengan pelaksanaan PKPD, namun sebagai pihak bertanggungjawab harus memikirkan bagaimana mengurangkan kesan tersebut.

Agar pihak atasan boleh membantu dan mengambil tindakan yang sewajarnya atas kejadian ini.Anggaplah ini satu pengajaran dan jangan sampai penduduk Sabah membuat protes.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy