fbpx
Cerita Borneo

Bapa Lelaki Ini Sah Positif COVID-19, Rayu Close Contact Di Kuching Samarahan Jalani Saringan

Kepada Yang Berkenaan, Sila Hubungi Nombor Yang Tertera

Bapa Lelaki Ini Sah Positif COVID-19, Rayu Close Contact Di Kuching Samarahan Jalani Saringan. Menurut sebuah status Facebook yang dimuatnaik oleh seorang warga Kuching, Mohd Hafizuddin, beliau telah merayu kepada mereka yang close contact dengan ayah beliau, Haji Masuut, yang positive Covid-19 dan kini dirawat di Sarawak General Hospital. Beliau bertambah bapa beliau telah menjalankan saringan dua kali dan mendapatkan result negatif pada kali pertama. Walaupun negatif, bapa beliau masih tidak berpuas hati kerana sudah mengalami gejala demam dan hanya disahkan positif ketika jalankan saringan kedua.

Bapa Lelaki Ini Sah Positif COVID-19, Rayu Close Contact Di Kuching Samarahan Jalani Saringan
Bapa Lelaki Ini Sah Positif COVID-19, Rayu Close Contact Di Kuching Samarahan Jalani Saringan. Kredit: Facebook Mohd Hafizuddin

Memerlukan Individu yang Berhubungan Rapat Dengan Bapa Beliau Untuk Jalani Saringan Segera

Beliau berkata lagi mereka sekeluarga yang telah melawat bapa beliau sudah bermula mengalami gejala demam. Mereka kini meminta individu yang telah berhubungan rapat dengan bapa beliau atau sesiapa yang telah berkomunikasi face-to-face dengan bapa beliau sejauh 1 meter dan dalam masa lebih kurang 5 minit dan telah mengalami gejala demam untuk segera hubungi 082-276 666 (wad pengasingan) dengan katakan anda perlu menjalankan saringan kerana anda adalah salah satu close contact dengan bapa beliau.

Anda dinasihatkan untuk kekal di rumah sehingga ambulan datang untuk mengambil anda.

Bapa Lelaki Ini Sah Positif COVID-19, Rayu Close Contact Di Kuching Samarahan Jalani Saringan
Status yang dimuatnaik oleh beliau melalui Facebook. Kredit: Facebook Mohd Hafizuddin
Bapa Lelaki Ini Sah Positif COVID-19, Rayu Close Contact Di Kuching Samarahan Jalani Saringan
Status yang dimuatnaik oleh beliau melalui Facebook. Kredit: Facebook Mohd Hafizuddin

Senarai Lokasi Yang Dikunjungi Oleh Bapa Beliau

Lokasi yang dinyatakan telah dikemaskini baru-baru ini:

0- 13 Mac – Masjid Desa Ilmu Samarahan (Jumaat)
1- 15 Mac – Majlis kahwin Dewan Hikmah Azrul Hafiz and anak Asma Kek House
2- 15 Mac – Rumah cousin di Sukma (direct from hikmah)
3- 16 Mac – Klinik saringan di klinik Kota Samarahan- result pertama: negative Covid-19
4- 18 Mac – Klinik Dr Faizal Samarahan pukul 8 malam
5- 20 Mac – Masuk SGH
6- 21 Mac – Di SGH result – Positive dan start guna bantuan dari mulut
7- 22 Mac – Kini dalam keadaan tenat di SGH dan memerlukan bantuan pernafasan dan tekanan darah rendah

Minta Kerjasama Warga Sarawak

Beliau meminta kerjasama warga Sarawak untuk segera hubungi no. 082-276 666 (wad pengasingan) sekiranya adalah salah satu kontak rapat dengan bapa beliau dan telah mula mengalami gejala demam. Tunggu di rumah sehingga ambulan datang.

Beliau berminta maaf kepada warga Sarawak dan berkata bapa beliau bukan sengaja jadi penyebar tanpa pengetahuan bapa beliau sedangkan bapa beliau telah menghantar diri ke pusat saringan sebanyak 2 kali kerana mendapatkan result negative pada saringan pertama.

Haji Masuut adalah seorang bekas kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia dan sudah berpencen. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi masa kritikal ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button