fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Batu Berbentuk Kepala Singa Di Pantai Tusan Miri Telah Runtuh

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
29 Januari 2021
Batu Berbentuk Kepala Singa Di Pantai Tusan Miri Telah Runtuh
Share on FacebookShare on Twitter

Batu berbentuk Kepala Singa yang ditemui baru-baru telah pun runtuh.

Batu Berbentuk Kepala Singa Di Pantai Tusan Miri Telah Runtuh. Pembentukan batu berbentuk singa yang baru ditemui baru-baru ini berhampiran pantai Tusan yang terletak 45 minit dari Miri dilaporkan telah runtuh.

Batu berbentuk Kepala Singa tersebut ditemui telah runtuh oleh seorang jurugambar bebas, Lee Voon Fah, berusia 60, yang pergi ke pantai Tusan pada 24 Januari yang lalu, untuk mengambil gambar pemandangan udara tebing termasuk batu ‘Kepala Singa’ menggunakan drone.

Batu Berbentuk Kepala Singa Di Pantai Tusan Miri Telah Runtuh
Batu Berbentuk Kepala Singa Di Pantai Tusan Miri Telah Runtuh. Kredit Gambar: Lee Voon Fah

Batu Kepala Singa tersebut telah runtuh

Menurutnya, dia mendapati bahawa batu Kepala Singa tersebut telah runtuh berdasarkan foto dan video yang diambil oleh drone nya yang hanya menunjukkan serpihan di tempat di mana Kepala Singa itu pernah berada sebelum ini.

ArtikelBerkaitan

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

Sempena Hari Wanita, Ini 5 Senarai Promosi Hebat Restoran Untuk Anda

Dia mengatakan bahawa dia harus menggunakan drone kerana ombak air laut yang tinggi untuk ke lokasi tersebut.

“Saya mengambil gambar pandangan udara dan video pembentukan batu Kepala Singa yang runtuh dan kemudian memuat turunkannya di Facebook saya,” kata Lee ketika dihubungi semalam, sambil menambah ianya dikongsi oleh “rakan baik saya iaitu Ketua Persatuan Alam Malaysia (MNS) Cawangan Miri, Musa Musbah ”.

Dia mengatakan bahawa dia juga sedang menguji drone nya yang dia baru sahaja dibeli.

“Mengambil gambar pandangan udara sememangnya hobi saya,” tambahnya.

Musa mengatakan bahawa dia melihat siaran tersebut di laman Facebook Lee dan meminta izinnya untuk berkongsi video tersebut.

Batu Berbentuk Kepala Singa Di Pantai Tusan Miri Telah Runtuh

Batu Kepala Singa itu telah diramalkan akan runtuh

Dia mengatakan dia telah meramalkan bahawa perkara ini akan berlaku, seperti yang dilaporkan oleh The Borneo Post dalam edisi sebelumnya, bahawa formasi batuan Kepala Singa itu akan runtuh bila-bila masa semasa gelombang pasang bulan ini kerana lokasinya dan ombak yang kuat.

Musa berkata, ini adalah hari yang menyedihkan bagi pencinta alam kerana formasi batuan ‘kepala singa’ yang merupakan pemandangan dan tarikan baru.

Batu Berbentuk Kepala Singa Di Pantai Tusan Miri Telah Runtuh

Dia juga mengatakan bahawa pembentukan batu di sepanjang pantai Tusan hingga ke pantai Beraya akan berubah kerana garis laut yang semakin dekat dengan darat.

Pantai Tusan adalah tarikan pelancongan yang amat terkenal dengan tebing yang mempunyai formasi batu yang unik terdapat di sepanjang pantai.

Pantai ini juga amat terkenal dengan ‘Blue Tears’, iaitu fenomena semula jadi di mana plankton bio luminescent bersinar dengan warna biru yang cerah.

Kredit: The Borneo Post

Lagi di sini:

SUMBER : The Borneo Post
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy