fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Bayi Berusia 4 Bulan Antara 16 Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Hari Ini

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
8 Januari 2021
Bayi Berusia 4 Bulan Antara 16 Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bayi berusia 4 bulan dan dua kanak-kanak menjadi mangsa COVID-19 di Sarawak hari ini menurut JPBNS.

Bayi Berusia 4 Bulan Antara 16 Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Hari Ini. Hari ini, Malaysia mencatat 2,643 kes positif baharu dan Bandar Kuching pula telah bertukar ke status oren.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daripada 16 kes berkenaan 10 kes dikesan di Kuching sementara empat kes di Miri dan masing-masing satu kes di Samarahan serta Julau yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 1,196 kes.

ADVERTISEMENT

“Di Kuching, satu kes membabitkan seorang kanak-kanak berusia satu tahun warga tempatan (Sarawak) yang dikesan mempunyai kontak rapat kepada kes sebelum ini di mana kes menjalani saringan pada 7 Januari 2021 dan keputusan yang diterima adalah positif pada hari yang sama.

Bayi Berusia 4 Bulan Antara 16 Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Hari Ini
Gambar Hiasasn. Bayi Berusia 4 Bulan Antara 16 Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Hari Ini

Salah satu kes adalah bayi berusia empat bulan

“Sementara dua kes pula melibatkan warga tempatan (Sarawak) yang telah disaring kerana merupakan ahli keluarga serta kontak rapat kepada kes sebelum ini dan salah satu kes adalah bayi berusia empat bulan dan pernah mengalami demam pada 31 Disember,” kata beliau menerusi kenyataan media.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Seterusnya, dua kes lagi di Kuching hari ini masing-masing melibatkan lelaki dan wanita tempatan (Sarawak), iaitu bagi kes wanita, ianya adalah kontak sosial yang telah menjalani saringan di sebuah hospital swasta di Kuching sementara kes melibatkan lelaki, yang disaring kerana mempunyai kontak rapat kes sebelum ini iaitu rakan tempat kerja. 

ADVERTISEMENT

“Satu lagi kes melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sabah) yang membuat saringan di sebuah klinik kesihatan kerajaan di bandar raya Kuching bagi tujuan mematuhi syarat kemasukan ke Sabah.

Bayi Berusia 4 Bulan Antara 16 Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Hari Ini

Empat lagi kes di Kuching merupakan kes import

“Ujian didapati positif pada hari yang sama dan kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan dimana pengesanan kontak kepada kes sedang dijalankan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching,” katanya.

ADVERTISEMENT

JPBNS berkata, empat lagi kes di Kuching merupakan kes import iaitu dua kes melibatkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalani saringan COVID-19 kerana kembali dari Semenanjung Malaysia menggunakan penerbangan TUDM dan menjalani kuarantin wajib.

Dua lagi kes, merupakan warga tempatan (Selangor dan Kelantan) yang telah masuk ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin.

Bayi Berusia 4 Bulan Antara 16 Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Hari Ini

3 Kes jangkitan tempatan di Miri

Di Miri jelas JPBNS, tiga kes adalah merupakan jangkitan tempatan yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan kes positif dari Kluster Bah Sayap.

“Bagi kes ini, satu kes adalah kontak serumah manakala satu kes adalah kontak sosial, yang kedua-duanya telah menjalani saringan di sebuah klinik kesihatan pada 7 Januari 2021 serta dan positif pada 8 Januari 2021.

“Satu lagi kes pula merupakan kanak-kanak berumur tiga tahun warga tempatan (Selangor) yang merupakan kontak kepada kes yang merupakan rakan sekerja kepada bapanya.

“Kes-kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan yang telah mendapat jangkitan dari Kluster Bah Sayap,” katanya.

Di samping itu, JPBNS berkata satu lagi kes di Miri merupakan lelaki warga tempatan (Sarawak) yang dikesan melalui saringan kendiri sebelum bertolak ke Labuan. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan kembali ke Kuching pada 13 Disember 2020.

Katanya, kes telah menamatkan tempoh kuarantin di pusat kuarantin dan saringan rT-PCR COVID-19 adalah negatif dan kes kemudian bertolak dari Kuching ke Sibu melalui penerbangan pada 4 Januari 2021 atas urusan kerja selama tiga hari dua malam.

Pada 6 Januari 2021, kes tiba di Miri dan terus menjalani saringan dengan kit ujian pantas antigen COVID-19 di sebuah hospital swasta dan didapati positif dan dikategorikan sebagai import C dari Kuching. 

Bayi Berusia 4 Bulan Antara 16 Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Hari Ini

Satu kes di Samarahan

Di Samarahan pula, satu kes dikesan melibatkan wanita warga tempatan (Sarawak) yang membuat saringan COVID-19 bagi tujuan melakukan perjalanan ke Singapura dan didapati positif.

“Kes menafikan mempunyai kontak rapat dengan mana-mana kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan sebelum ini dan kes dikategorikan kes jangkitan tempatan sehingga siasatan ke atas punca jangkitan diketahui,” katanya.

Manakala di Julau, kes melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang balik ke Sibu dari Johor melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Lapangan Terbang Sibu pada 4 Januari.

Kes ini telah diberikan arahan kuarantin di rumah untuk menjalani kuarantin selama 14 hari dan telah dipakaikan gelang dan kes telah membuat perjalanan dari Lapangan Terbang Sibu ke rumah kes di Rantau Pitak, Julau. Keputusan ujian saringan pada 04 Januari 2021 didapati positif pada 05 Januari 2021.

Lagi di sini:

Source: Utusan Borneo
Share154Tweet97SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy