fbpx
Cerita Borneo

Beberapa Pemimpin Tertinggi Kerajaan Sarawak Diarah Kuarantin Selepas Jadi Kontak Rapat Kes Positif COVID-19

Arahan Dikeluarkan Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Semalam

Beberapa Pemimpin Tertinggi Kerajaan Sarawak Diarah Kuarantin Selepas Jadi Kontak Rapat Kes Positif COVID-19. Beberapa pemimpin tertinggi kerajaan Sarawak telah diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di kediaman masing-masing setelah menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang terbaharu di Sarawak. Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semalam (1 April 2020).

Antara pemimpin yang diarahkan menjalani perintah kuarantin tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak) serta YB Datuk Haji Naroden Bin Haji Majais (Menteri Muda E-Dagang Sarawak).

Beberapa Pemimpin Tertinggi Kerajaan Sarawak Diarah Kuarantin Selepas Jadi Kontak Rapat Kes Positif COVID-19
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Kredit : NSTP/MOHD RADZI BUJANG

Arahan Kuarantin Dikeluarkan Setelah Salah Seorang Pegawai Positif COVID-19

Menurut setiausaha akhbar Datuk Amar Awang Tengah, Saiful Bahari, arahan tersebut dikeluarkan setelah salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Rantaian Bekalan Makanan COVID-19 yang dipengerusikan oleh pemimpin tersebut disahkan positif COVID-19. Mesyuarat tersebut diadakan pada Jumaat, 27 Mac 2020.

Menerusi perbualan telefon bersama menteri Datuk Amar, Saiful menjelaskan bahawa keadaan pemimpin tersebut adalah baik. Sehubungan itu, semua individu yang menghadiri mesyuarat tersebut termasuk ketua-ketua jabatan dan petugas media turut diarah kuarantin diri di rumah sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga.

Beberapa Pemimpin Tertinggi Kerajaan Sarawak Diarah Kuarantin Selepas Jadi Kontak Rapat Kes Positif COVID-19
Beberapa Pemimpin Tertinggi Kerajaan Sarawak Diarah Kuarantin Selepas Jadi Kontak Rapat Kes Positif COVID-19

Walau bagaimanapun, Datuk Amar turut memaklumkan bahawa segala tugasan serta urusan Jawatankuasa tersebut akan diselia melalui panggilan telefon bagi memastikan bekalan makanan dapat disalurkan kepada penduduk yang memerlukan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tambah Saiful lagi, beliau berada di bilik mesyuarat yang lain semasa mesyuarat tersebut diadakan dan tidak mempunyai sebarang kontak dengan pegawai yang hadir. Namun demikian, beliau juga akan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di rumahnya sebagai langkah keselamatan.

Untuk perkembangan COVID-19 di Sarawak hari ini, baca selanjutnya di sini : COVID19 : 23 Kes Baru Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, 211 Kes Keseluruhan Setakat Ini

Artikel Berkaitan

Back to top button