fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
18 April 2020
Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Yang Pasti, Kedua-Duanya Adalah Perang Melawan Musuh.

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020. Sepanjang musim PKP ini, pasti anda rasa sulit untuk melakukan aktiviti harian kerana semua pergerakan agak terbatas. Tambahan pula, memasuki fasa ketiga PKP, pengutkuasaan nampaknya semakin diperketatkan, sekatan jalan raya di mana-mana malah seluruh angota polis dan askar dikerah untuk mengawal pergerakan orang awam.

Hal ini sudah tentu bagi mengelakkan penularan pandemik daripada semakin menular. Keberkesanan PKP juga sudah mula menunjukkan hasil apabila kadar kes aktif semakin menurun setiap hari. Trend pesakit sembuh dan discaj pula melebihi kes aktif baru saban hari. Untuk itu, tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mengimbas semula perjalanan negara menangani situasi getir ini, seorang pensyarah, Khairul Ashraf Muhamad, telah berkongsi perbezaan antara darurat yang berlaku pada tahun 1948 dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

ArtikelBerkaitan

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

Barangan Dicatu Untuk Elak Lebihan Semasa Darurat

Menurut beliau, pengalaman yang diceritakan adalah berdasarkan penceritaan daripada ayahnya yang masih kecil ketika darurat 1948 berlaku. Pada masa tersebut, perintah berkurung atau ‘curfew’ berkuatkuasa bermula pada jam 7 malam hingga 7 pagi.

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020
Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020

Di siang harinya pula, aktiviti pembelian barang masih boleh dilakukan namun dalam keadaan barangan semua telah dicatu. Bukan itu sahaja, polis juga akan meminta kad pengenalan wakil isi rumah dan menyemak senarai yang telah diberi oleh ketua kampung bagi mengetahui jumlah ahli keluarga sebelum dibenar meneruskan perjalanan.

Mengapa pihak polis menyemak senarai ahli keluarga? Ini kerana mereka tidak mahu penduduk memborong barangan seperti anda melakukan pembelian panik tempoh hari. Pada waktu ini, anda hanya dibenarkan untuk membeli keperluan asas sekadar cukup untuk menampung keluarga kerana. Jika anda mempunyai 5 orang ahli keluarga, anda hanya dibenarkan untuk membeli beras cukup-cukup untuk makanan 5 orang sekeluarga selama seminggu.

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020
Kad Catuan Malaya

Ini bagi mengelakkan lebihan makanan diberikan kepada komunis.

PKP hari ini juga turut mengenakan syarat yang sama. Bahkan, anda perlu mendapatkan surat kebenaran daripada ketua balai polis berdekatan jika ingin melakukan pergerakan rentas daerah. Jika tidak, anda akan diarahkan untuk pulang ke rumah.

Kredit : BERNAMA

Pembelian barang keperluan asas masih boleh dilakukan sebanyak mana yang anda mahu. Bahkan, anda bernasib baik kerana tiada catuan barangan dilakukan seperti darurat. Tetapi, anda dinasihatkan untuk membeli secara berhemah kerana orang lain juga sama memerlukan.

Majlis Perlu Dimaklumkan Kepada Ketua Kampung, Penghulu Dan Ditapis Polis

Bagi penduduk yang ingin mengadakan majlis kenduri atau tahlil pula, mereka harus memberitahu ketua kampung kemudiannya dirujuk kepada penghulu. Sekiranya dipersetujui, permohonan majlis tersebut pula akan ditapis oleh pihak polis.

Keadaan semasa PKP pula jauh panggang dari api. Sebarang majlis keramaian, kenduri kendara, mahu pun perkumpulan keagamaan tidak dibenarkan sama sekali. Ini kerana virus yang anda sedang perangi mudah berjangkit jika individu tidak menjaga jarak sosial. Tidak seperti darurat, perkumpulan agama masih dibenarkan, malah waktu ini digunakan untuk berbincang tentang strategi melawan musuh komunis.

Kawasan Panas Dipanggil Kawasan Hitam, PKP Dipanggil Zon Merah

Pada waktu darurat, kawasan panas dipanggil sebagai kawasan hitam. Kawasan hitam ini ialah kawasan yang terdapat kegiatan pengganas komunis dan dikawal dengan sangat ketat oleh para askar. Rumah-rumah yang berada di pinggir kampung dan hutan akan dipindahkan ke satu kawasan yang dipanggil ‘kawasan kurungan’.

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020

Malah, makanan juga dimasak oleh pihak kerajaan kemudian diedarkan kepada seluruh kampung. Bahan mentah juga tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa pulang bagi mengelakkan simpati masyarakat kepada gerila komunis.

Berbeza pula dengan PKP. Kawasan yang teruk dilanda badai wabak diisytiharkan sebagai zon merah. Zon merah ialah kawasan yang memiliki 41 dan ke atas jumlah kes COVID-19. Sekiranya terdapat pertambahan kes secara mendadak di kawasan zon merah, kawasan tersebut pula akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD).

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020
Kredit : FMT

Untuk pengetahuan anda, peraturan di kawasan PKPD adalah seperti;

  • tidak boleh keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah berkuatkuasa
  • bukan penduduk, penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah berkuatkuasa
  • semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis perniagaan asas (essentials)
  • pesanan makanan hanya boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan

Darurat Atau PKP Lebih Susah?

Ditanya tentang situasi mana yang lebih sukar, Khairul menjelaskan bahawa ayahnya menganggap situasi pandemik ini lebih sukar berbanding darurat komunis. Jika zaman darurat, rutin ke masjid atau rumah ibadat masih boleh dibenarkan. Malah, ia menjadi tempat untuk orang kampung berbincang tentang strategi melawan komunis.

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020

Pada zaman darurat dahulu, musuh dapat dilihat dengan jelas dan nampak depan mata. Semua orang tahu bahawa komunis adalah musuh yang nyata dan sedar ideologi mereka sangat merbahaya. Maka, senang untuk dihindar dan dilawan.

Tambahan pula, masyarakat pada ketika itu sudah biasa hidup susah. Malah, sebelumnya lebih sukar akibat Perang Dunia Kedua. Jadi, langkah darurat bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Lain pula halnya dengan PKP. Sebelum berlaku pandemik ini, masyarakat sudah biasa hidup senang dan bebas bergerak ke mana sahaja. Rutin keagamaan juga dilarang sama sekali dilakukan di rumah ibadat.

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020

Musuh menentang virus ini tidak dapat dilihat bahkan anda tidak mengetahui sama ada telah dijangkiti atau pun tidak.

Mungkin benar selepas ini kita harus mengamalkan ‘kebiasaan baru’. Sekurang-kurangnya sebelum vaksin virus ini dijumpai.

Share113Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy