fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Bekalan Tempatan Sudah Mencukupi, Penjualan Daging Ayam Import Tidak Dibenarkan Di Sarawak

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
30 Disember 2020
Bekalan Tempatan Sudah Mencukupi, Penjualan Daging Ayam Import Tidak Dibenarkan Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

Daging ayam yang diimport dari luar tidak akan dibenarkan masuk di negeri Sarawak.

Bekalan Tempatan Sudah Mencukupi, Penjualan Daging Ayam Import Tidak Dibenarkan Di Sarawak. Ayam yang diimport masuk ke Sarawak tidak dibenarkan untuk dijual di negeri ini buat masa kini, menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwan Islam dan DBKU) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Beliau berkata, arahan tersebut akan berkuatkuasa sebaik sahaja jabatan itu dimaklumkan bahawa bekalan daging ayam tempatan adalah mencukupi.

Oleh kerana itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak tidak membenarkan penjualan daging ayam import di negeri ini.

Bekalan Tempatan Sudah Mencukupi, Penjualan Daging Ayam Import Tidak Dibenarkan Di Sarawak
Bekalan Tempatan Sudah Mencukupi, Penjualan Daging Ayam Import Tidak Dibenarkan Di Sarawak

Memberhentikan pengimportan ayam daripada luar negara

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar telahpun memberhentikan pengimportan ayam daripada luar negara kerana bekalan dalam negeri mencukupi.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

“Jadi seadanya produk-produk dari luar negara berupa produk ayam, maka itu adalah produk-produk yang tidak dibenarkan diimport ke Sarawak,” kata beliau dalam sidang media, pada hari ini.

Selain itu, beliau yang merupakan Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air) mengesa agar agensi yang berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk memperketatkan lagi kemasukan daging ke Sarawak.

Bekalan Tempatan Sudah Mencukupi, Penjualan Daging Ayam Import Tidak Dibenarkan Di Sarawak

Supaya tidak berlaku penyeludupan daging

“Kita mahu memastikan bahawa daging-daging import yang datang ke Sarawak dapat dikawal supaya tidak berlaku penyeludupan daging seperti apa yang telah berlaku,” tambah beliau.

Kerajaan negeri juga menyokong hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menubuhkan Jawatankuasa Perudangan dan Penguatkuasaan Halal yang nanti akan turut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), jelas beliau lagi.

“Ini kerana kerajaan negeri amat serius berkenaan isu daging seludup yang berlaku di Malaysia baru-baru ini dan tular di media sosial serta juga disiarkan dalam akhbar tempatan.

“Kerajaan negeri mengambil berat akan hal berkenaan dan menyokong apa jua tindakan perlu oleh pihak berkuasa berwibawa khasnya JAKIM dalam menangani isu berkenaan,” katanya.

Bekalan Tempatan Sudah Mencukupi, Penjualan Daging Ayam Import Tidak Dibenarkan Di Sarawak

Logo halal

Selain daripada itu, apabila bercakap mengenai logo halal, beliau memberitahu jawatankuasa bertindak bersepadu akan ditubuhkan untuk menjalankan pemantauan.

“Pemantauan akan dijalankan dari masa ke masa ke atas premis yang menguruskan aspek makanan daging dan ayam dari segi kesahihan produk mereka terutama dari status halal.

“Pasukan pemantau ini akan diperkasakan lagi dengan turut disertai polis, kastam, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia,” kata beliau.

Dinasihatkan agar umat Islam di negeri ini agar lebih peka dan bertanggungjawab terutamanya dalam penyediaan makanan yang berasaskan daging dan juga ayam.

“Pilihlah produk atau premis yang mempunyai persijilan halal Malaysia demi memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan terbaik,” menurut beliau.

Kredit: UtusanBorneo

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy