fbpx
Cerita Borneo

Bekas Menteri Sabah Sahkan Veveonah Duduki Peperiksaan Pada Akhir Jun

Datuk Seri Masidi Majnun menghantar ciapan ringkas di laman twitter rasmi beliau

Bekas Menteri Sabah Sahkan Veveonah Duduki Peperiksaan Pada Akhir Jun. Bekas Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Seri Masidi Majnun menerusi ciapan ringkasnya di laman twitter mengesahkan bahawa Veveonah menduduki peperiksaan pada akhir Jun yang lalu.

Bekas Menteri Sabah Sahkan Veveonah Duduki Peperiksaan Pada Akhir Jun

“Setelah mendapat penjelasan terperinci dpd Pengarah Pusat Asasi Sains UMS, saya mengesahkan pelajar Asasi Sains, Veveonah Mosibin telah menduduki peperiksaan akhir (online) pada 9-12 Jun 2020.

Veveonah seorang pelajar cemerlang & akan meneruskan kursus ijazah Sains Marin di UMS.” – Datuk Seri Masidi Majnun via Twitter

Veveonah adalah pelajar program asasi

Datuk Seri Masidi Majnun turut menjelaskan bahawa memang tidak ada peperiksaan untuk pelajar2 yg mengambil jurusan ijazah. Veceonah belajar di Pusat Asasi Sains & telah menduduki peperiksaan tersebut. Pusat Asasi Sains diketuai oleh seorang Pengarah bukan Dekan.

Apabila ditanya mengenai status rasmi kenyataan tersebut, beliau turut menyatakan kenyataan beliau adalah kenyataan rasmi dengan kapasiti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.

Ciapan beliau di twitter turut menjelaskan kepada seorang pengguna iaitu @DaudSuratman dan menjelaskan bahawa dekan yang dirujuk telah disalah sebut oleh pihak sebelum ini, Kenyataan dekan tersebut hanya merujuk kepada pelajar ijazah, dan bukannya pelajar Asasi.

Isu Veveonah kembali hangat selepas beliau dipetik di Dewan Negara mengenai isu video dan capaian internet. Semalam pula, Ahli Parlimen Kudat yang mewakili kawasan Veveonah dalam satu kenyataan yang telah dipadamkan di twitter tetap mempertahankan kenyataannya mengenai veveonah tidak mengambil peperiksaan.

Baca artikel tersebut :


Abang Veveonah turut mengeluarkan kenyataan membela keluarga mereka, anda boleh baca :


Apa pula pendapat anda? Adakah sudah tiba masa untuk 2 orang timbalan menteri sebelum ini untuk memohon maaf? Atau pun adakah anda menyokong sekiranya Veveonah mengambil tindakan undang undang atas kenyataan mereka?

Jangan lupa komen dan kongsikan pendapat anda di bawah!

Artikel Berkaitan

Back to top button