fbpx
Cerita Borneo

Belum Reda COVID-19, Seorang Lelaki Di China Meninggal Akibat Jangkitan Hantavirus

Virus Berasal Dari Tikus

Belum Reda COVID-19, Seorang Lelaki Di China Meninggal Akibat Jangkitan Hantavirus. Belum reda jangkitan COVID-19 di seluruh dunia, muncul pula satu berita menggemparkan di pusat asal jangkitan COVID-19 iaitu China. Terbaharu, seorang lelaki di negara tersebut telah meninggal dunia akibat penyakit berjangkit yang dinamakan sebagai hantavirus.

Lelaki yang berasal dari wilayah Yunnan tersebut meninggal dunia ketika menaiki sebuah bas berjadual untuk perjalanan pulang ke tempat kerja di wilayah Shandong. Dalam perjalanan tersebut, lelaki yang dikenali dengan nama Tian tersebut mengadu tidak sihat dan dihantar terus ke sebuah hospital di bandar Ningshan, wilayah Shannxi lalu meninggal dunia semasa diberikan rawatan.

Belum Reda COVID-19, Seorang Lelaki Di China Meninggal Akibat Jangkitan Hantavirus
Belum Reda COVID-19, Seorang Lelaki Di China Meninggal Akibat Jangkitan Hantavirus. Kredit : www.news.cn

Setelah kematian lelaki tersebut, sejumlah 29 orang penumpang bas yang lain telah diambil sampel untuk pengesanan hantavirus dan COVID-19. Setakat ini, kesemua mereka disahkan negatif ujian COVID-19 manakala ujian hantavirus masih menunggu keputusan.

Hantavirus Dan COVID-19 Tidak Akan Serang Manusia Dalam Masa Yang Sama

Namun demikian, seorang pakar virologi di Universiti Wuhan, Yang Zhanqiu, memberitahu media bahawa ia adalah mustahil untuk para penumpang di dalam bas tersebut mendapat jangkitan daripada lelaki tersebut memandangkan kaedah transmisi hantavirus bukan melalui manusia ke manusia. Tambahnya lagi, hantavirus dan COVID-19 tidak akan menyerang seseorang pada masa yang sama.

Hantavirus atau turut dikenali sebagai ‘epidemic hemorrhagic fever’ (demam pendarahan epidemik), atau ‘renal syndrome hemorrhagic fever’ (demam pendarahan sindrom buah pinggang) merupakan satu penyakit berjangkit akut virus yang disusuli dengan simptom demam, kekerapan pendarahan dan kerosakan buah pinggang.

Belum Reda COVID-19, Seorang Lelaki Di China Meninggal Akibat Jangkitan Hantavirus
Universiti Wuhan di China.

Hanya Menjangkiti Manusia Melalui Najis Atau Darah Pesakit Hantavirus

Tidak seperti COVID-19, kebanyakan kes hantavirus ini tidak ditransmisikan melalui saluran pernafasan tetapi sebaliknya boleh menjangkiti manusia lain melalui najis atau darah pesakit yang disahkan menghidapi hantavirus. Namun demikian, ia boleh mengakibatkan kesan mudarat yang sama seperti COVID-19 seperti kerosakan teruk pada hati, buah pinggang dan fungsi organ yang lain selain pesakit akan mengalami demam dan pendarahan.

Penyakit berjangkit ini adalah berpunca daripada kontak dengan tikus, memakan makanan yang telah dicemari oleh tikus atau menghirup udara yang dicemari oleh najis tikus. Penyakit ini memuncak di kawasan perkampungan di China sekitar bulan Mei hingga Jun dan Oktober hinga Disember.

Tidak Perlu Risau, Hantavirus Ada Vaksin

Walau bagaimanapun, pakar virologi tersebut turut menjelaskan bahawa orang ramai tidak perlu risau akan penyakit hantavirus kerana penyakit tersebut boleh dikawal dan mempunyai vaksin untuk rawatan. Kadar jangkitan di kawasan bandar juga adalah rendah berbanding di kawasan kampung kerana binatang rodensia tersebut sering muncul ketika musim sawah padi.

Di musim wabak ini, selain menjaga kebersihan diri, jangan lupa untuk menjaga kebersihan persekitaran juga.

Artikel Berkaitan

Back to top button