fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Berang Kad Bank Ditelan, Penganggur Tumbuk Skrin Mesin ATM Hingga Rosak Di Sibu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
11 Januari 2021
Berang Kad Bank Ditelan, Penganggur Tumbuk Skrin Mesin ATM Hingga Rosak Di Sibu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Suspek dipercayai berang kad bank ditelan mesin ATM kerana ingin membuat pengeluaran i-Sinar.

Berang Kad Bank Ditelan, Penganggur Tumbuk Skrin Mesin ATM Hingga Rosak Di Sibu. Berang kad bank tidak dapat dikeluarkan dari mesin juruwang automatik (ATM), seorang lelaki bertindak menumbuk mesin itu sehingga rosak di sebuah pasar raya di Jalan Salim Sibu pada Ahad semalam. 

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika mengesahkan perkara itu, berkata susulan kejadian kira-kira jam 5.55 petang itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berumur 35 tahun tersebut pada hari yang sama. 

ADVERTISEMENT

Menurut beliau, hasil siasatan awal, bapa kepada lima orang anak itu pada mulanya berhasrat untuk mengeluarkan wang bagi membeli pakaian untuk anak lelakinya yang berumur sembilan tahun.

Berang Kad Bank Ditelan, Penganggur Tumbuk Skrin Mesin ATM Hingga Rosak Di Sibu
Berang Kad Bank Ditelan, Penganggur Tumbuk Skrin Mesin ATM Hingga Rosak Di Sibu. Kredit gambar: Borneo Post

Kad bank suspek ditelan mesin ATM

“Bagaimanapun, ketika cuba mengeluarkan wang tunai dari akaun banknya selepas menerima RM1,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pengeluaran i-Sinar, kad bank suspek ditelan mesin ATM.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

“Suspek kemudian naik angin dan bertindak menumbuk skrin mesin ATM berkenaan sehingga menyebabkannya tidak berfungsi,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

ADVERTISEMENT

Menurut Stanley, perbuatan suspek disedari oleh seorang pengawal keselamatan di pasar raya berkenaan yang berusia 29 tahun selepas terdengar bunyi bising dari bilik mesin ATM terbabit.

Terkejut dengan kejadian itu, pengawal keselamatan terbabit katanya menghubungi rakannya dan menahan suspek sebelum menyerahkan kepada pihak polis.

ADVERTISEMENT
Berang Kad Bank Ditelan, Penganggur Tumbuk Skrin Mesin ATM Hingga Rosak Di Sibu

Tiada pergelutan berlaku dan suspek memberikan kerjasama

“Tiada pergelutan berlaku dan suspek telah memberikan kerjasama sepenuhnya ketika diminta berbuat demikian oleh pengawal keselamatan pasar raya berkenaan,” katanya.

Stanley berkata, hasil siasatan awal juga mendapati suspek pernah ditangkap sebanyak tiga kali kerana kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selain pernah sekali disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis juga katanya akan mendapatkan kenyataan daripada pihak bank terbabit bagi mengenal pasti jumlah kerugian. Tambah beliau juga, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini. 

Lagi di sini:

Source: Utusan Borneo
Share104Tweet65SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy