fbpx
Cerita Borneo

Berhenti Buat Orang ‘Down’, Ini Sudut Positif PKPB Yang Perlu Anda Renungi

Sosial Media Malaysia Kini Diselubungi Doa Buruk Daripada Doa Sembuh Dan Baik.

Berhenti Buat Orang ‘Down’, Ini Sudut Positif PKPB Yang Perlu Anda Renungi. Sejak kebelakangan ini, media sosial dipenuhi dengan kecaman dan kritikan terhadap pelaksanaan PKPB yang dilihat dilakukan dengan tergesa-gesa dan terlalu awal. Ia sekaligus menimbulkan persepsi negatif serta aura yang sangat merimaskan. Bukan itu sahaja, segelintirnya muak dengan kecaman demi kecaman sedangkan perkara yang disuarakan adalah perkara yang sama. Contohnya seperti yang diperkatakan dalam perkongsian pengguna Facebook ini. Ugh.

Okay, apa kata kita cuba untuk bersangka baik dan berfikiran positif tentang PKPB ini. Tenangkan fikiran dan baca.

Untuk pengetahuan anda, keputusan untuk melaksanakan PKPB ini telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan penyenaraian 9 SOP yang perlu dipatuhi semua pihak. Mengenali pasukan pengendali yang dipimpin oleh DG Hisham dengan begitu cemerlang setakat ini, tentunya PKPB ini telah diteliti berdasarkan data dan trend saintifik oleh pihak KKM.

Pasukan KKM Telah Bersedia Sepenuhnya Untuk Sebarang Lonjakan

Bahkan, keputusan ini juga menandakan pasukan KKM kini telah bersedia sepenuhnya jika berlaku sebarang lonjakan kecil kes. Tahukah anda bahawa PKP Fasa 1 hingga Fasa 4 adalah untuk memberikan pasukan kesihatan masa yang secukupnya untuk menilai trend pandemik selain melengahkan penularan? Ia bagi memastikan kapasiti kesihatan Malaysia mencukupi bagi menampung jumlah kes. Walau pun kes dilaporkan tinggi, namun tetap terkawal.

Berhenti Buat Orang 'Down', Ini Sudut Positif PKPB Yang Perlu Anda Renungi
Berhenti Buat Orang ‘Down’, Ini Sudut Positif PKPB Yang Perlu Anda Renungi

Bak kata Profesor dalam drama kuarantin anda, Money Heist, “The only thing we need to do is to buy time. Time is greater than money”.

Berhenti Buat Orang 'Down', Ini Sudut Positif PKPB Yang Perlu Anda Renungi
Kredit : Giphy

Ekonomi Harus Digerakkan, Elak Lebih Ramai Kehilangan Kerja

Bukan itu sahaja, negara juga tidak boleh membiarkan ekonomi begitu sepi dan pasif untuk tempoh yang begitu lama. Ia harus digerakkan semula bagi menjana pendapatan negara. Pada saat ini, sudah begitu ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan. Jika tidak dilonggarkan secara berperingkat, kita tentunya akan menyaksikan kadar pengangguran pula yang melonjak.

Bagai jatuh ditimpa tangga, kemiskinan bakal menjadi penyakit baru yang tak diundang. Walau pun begitu, dengan ‘vibe‘ yang begitu negatif, kenyataan ini ditepis pula dengan dakwaan, “Adakah ekonomi negara lebih penting daripada nyawa rakyat Malaysia?”

Berhenti Buat Orang 'Down', Ini Sudut Positif PKPB Yang Perlu Anda Renungi

Persoalannya, mengapa rakyat Malaysia begitu ‘paranoid’? Adakah anda marah kerana kerajaan seperti bertindak sambil lewa, menganggap penyakit ini tidak penting? Atau sebenarnya anda takut kerana anda belum bersedia untuk hidup dalam norma baru?

Perlu diingat, perang melawan pandemik ini tidak terletak pada bahu ‘frontliners‘ atau pihak kerajaan semata-mata. Anda sendiri melihat betapa kedua-dua pihak ini bertungkus lumus mengawal situasi sejak gelombang kedua mula tercetus. Tugas kita pada peringkat itu adalah untuk duduk di rumah dan sentiasa menjaga kebersihan.

Rakyat Malaysia Harus Berani Menghadapi Hari Mendatang Dengan Norma Baru

Tetapi mengapa bila giliran kita pula untuk berada di barisan hadapan, kita seakan-akan tidak berani menghadapinya dengan waja? Anda begitu percaya pada doktor, paramedik, serta frontliners yang lain, tetapi apabila giliran mereka pula yang berharap untuk mempercayai anda, anda mengalah begitu cepat. Rakyat Malaysia dilihat tidak yakin hidup berdisiplin tinggi. Penjarakkan sosial, mencuci tangan, memakai topeng muka pada setiap masa adalah norma baru. Suka atau tidak, kita harus hidup begitu untuk beberapa tahun lagi.

Berhenti Buat Orang 'Down', Ini Sudut Positif PKPB Yang Perlu Anda Renungi

Jika kes sudah 0 baru kerajaan menyarankan untuk hidup norma begini, rasanya rakyat tidak akan biasa dan menganggap tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana kita sudah bebas. Tetapi ketahuilah, sesunguhnya kita tidak akan bebas selagi vaksin belum ditemui. Kes baru akan sentiasa ada walau pun kadar nya sedikit.

Walau bagaimanapun, jika rakyat gagal patuhi SOP, PKPB akan diperketatkan.

Doa yang baik-baik sahaja. Semoga Malaysia serta seluruh dunia cepat pulih!

Sebelum ini, kami telah kongsikan tentang norma baru pasca PKP. Baca selanjutnya di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close