fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
21 Januari 2021
Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) ini bagi membantu rakyat Sarawak yang telah terkesan akibat COVID-19 dan juga banjir.

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak. Sarawak hari ini mengumumkan lanjutan bantuan kepada rakyat negeri Sarawak yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana banjir.

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 bernilai RM405 juta itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis.

ADVERTISEMENT
Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak
Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

11 langkah yang diperkenalkan dalam BKSS

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi peruntukan tersebut, 11 langkah yang diperkenalkan dalam BKSS bagi membantu rakyat:

1. Diskaun bil elektrik lima hingga 25 peratus bil elektrik yang memberi manfaat kepada 642,000 isi rumah di Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

2. Diskaun bil air 10 hingga 25 peratus yang memberi manfaat kepada 568,000 isi rumah di seluruh Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.

3. Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

ADVERTISEMENT

4. Pengeculian bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.

5. Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat milik kerajaan negeri.

6. Diskaun 25 peratus diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari hingga Jun 2021.

7. Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan perbadanan Pembangunan perumahan Sarawak (HDC) mulai Januari hingga Jun 2021.

8. Diskaun 30 peratus untuk pembayaran cukai tahan melibatkan kediaman, pusat komersial, industri, perladangan berskala besar dan kemudahan awam.

9. Pengecualian pembayaran lesen hotel secara sekali bayar kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021.

10. Penangguhan pembayaran premium tanah secara sekali bayar bagi tahun 2021 melibatkan tanah pertanian, kediaman, komersial dan industri serta institusi awam dan swasta.

11. Penangguhan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhanan (SPIKS) mulai Januari hingga Jun 2021.

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Dalam keadaan yang sukar sekarang ini, Kerajaan GPS Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan Langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat.

Kerajaan Negeri berharap Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 yang berjumlah RM405 juta ini akan membantu meringankan beban seluruh rakyat Sarawak hingga ke bulan Jun dan kita juga berharap dan berdoa agar dengan adanya vaksin, penularan COVID-19 dapat diatasi selepas Jun 2021.

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy