fbpx
Cerita Borneo

Berikut Adalah Sejarah Disebalik Nama-Nama Jalan di Kuching

Berikut Adalah Sejarah Disebalik Nama-Nama Jalan di Kuching. Tidak ramai orang Kuching tahu di mana jalan-jalan di Kuching mendapatkan nama mereka. Kebanyakan nama jalan hanya diberikan bertahun selepas bandar Kuching ditubuhkan. Malah, setiap nama mengandungi cerita unik dan latar belakang yang bersejarah!

Berikut Adalah Sejarah Disebalik Nama-Nama Jalan di Kuching. Kredit: Giphy

Jalan Yang Dinamakan Sempena Tokoh Bersejarah

Jalan Muda Hashim – Jalan ini diberi nama sempena Pengiran Muda Hashim, bapa saudara kepada Sultan Brunei, Omar Ali Saidusin II. Beliau dihantar ke Sarawak pada tahun 1835 untuk menenangkan situasi dalam negara. Masalah timbul ketika pasukan anti-Brunei yang diketuai oleh Datuk Patinggi Ali menentang Pengiran Indera Mahkota, gabenor Sarawak ketika itu.

Potret Raja Muda Hashim. Kredit: The Story of Sarawak
Berikut Adalah Sejarah Disebalik Nama-Nama Jalan di Kuching
Jalan Kulas. Kredit: Mapio

Jalan Badruddin Pengiran Badruddin merupakan half brother kepada Raja Muda Hashim. Menurut cerita, Badruddin merupakan seorang yang penuh dengan integriti serta tidak pernah mungkir janji. James Brooke turut suka dengan Badruddin ketika bertemu pada kali pertama dan mereka menjadi kawan baik. Betapa kuat persahabat mereka sehingga Brooke memberi Badruddin sebuah cincin meterai untuk dihantar kepadanya sebagai isyarat untuk membantu Badruddin sekiranya beliau berada dalam bahaya dan Brooke akan diri sendiri datang untuk menyelamatkan beliau.

Jalan Badruddin. Kredit: Mapio
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pinterest

Kedua-dua kawan baik ini telah berperang bersama-sama semasa pemberontakan dan apabila Brooke diisytihar sebagai Rajah, tidak lama kemudian Badruddin disuruh untuk pulang ke Brunei. Sultan tidak gembira dengan Badruddin apabila mengetahui beliau penyokong setia Brooke. Rancangan untuk membunuhnya dan seluruh keluarga beliau pun dibuat.

Brothers In Arms. Kredit: Pinterest

Pada malam 5 April 1846, rumah Badruddin dikelilingi dan diserang. Mujurlah Badruddin berjaya mendapatkan salah satu bantuannya, Japar, untuk menghantar cincin yang diberi oleh Brooke kembali kepada beliau tetapi malangnya, Badruddin dan keluarganya berjaya dibunuh semasa serangan tersebut.

Beliau masih mengingat kepada pesan James Brooke ketika beliau dilanda dalam situasi bahaya untuk memberi isyarat minta pertolongan. Kredit: Tenor

Japar berjaya melarikan diri tetapi daripada melarikan diri, beliau menembak serbuk hitam dan meniupnya semua ke langit.

Jalan Patinggi Ali – Keluarga Datu Patinggi Ali bertanggungjawab atas pembinaan masjid pertama di Kuching. Proses bermula pada 1848 dan habis dibina pada 1852.

Potret Datu Patinggi Ali. Kredit: Brooke Trust

Beliau merupakan keturunan raja secara langsung dari Minangkabau dan Java di Indonesia. Beliau juga pemimpin orang Melayu yang memerangi penindasan di bawah pemerintahan Brunei. Walau bagaimanapun, beliau menyerah diri ketika mengetahui Brooke akan menjadi Rajah dan ketua-ketua Brunei tidak lagi berkuasa.

Pada tahun 1841, beliau diiktiraf semula oleh Brooke sebagai ketua kaum Melayu di Kuching. Keberanian beliau dilihat ketika beliau memberi perkhidmatannya untuk mengikut pertempuran pada tahun 1844 di Patusan namun terkorban bersama George Stewart.

Jalan Ajibah Abol – Pada tahun 1972. kerajaan negeri Sarawak melantik Datuk Ajibah Abol sebagai menteri wanita yang pertama. Sebelum itu, beliau telah lama dalam politik-politik Sarawak sejak zaman anti-Sesi.

Beliau menang pilihan raya umum pertama pada tahun 1970 dan kekal sebagai pemimpin wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1973.

Beliau juga wanita yang paling pertama menerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak di negeri Sarawak! Woman power, right there!

Jalan Ajibah Abol. Kredit: MySarawak’s Travelogue

Jalan Yang Dinamakan Sempena Pegawai Kerajaan Yang Cemerlang

Jalan Bampfylde Charles Agar Bampfylde berkhidmat untuk kerajaan dari 1875 sehingga 1903 dibawah pimpinan Rajah kedua. Beliau pernah menyelamatkan Rajah dari lemas di Sungai Rajang apabila steamer Rajah, Ghita, rosak akibat angin ribut.

Beliau diiktiraf sebagai Resident of Sarawak Proper (Kuching District) dan memegang jawatan tersebut selama tujuh tahun sebelum bersara. Beliau juga mengarang buku A History Of Sarawak Under Its Two White Rajahs.

Jalan Crookshank Arthur Chichester Crookshank merupakan sepupu kepada Brooke. Beliau berkhidmat untuk kerajaan dari 1843 sehingga 1873. Gaji permulaan beliau hanya 20 dolar sebulan.

Beliau membina Fort James yang asli di Skrang pada 1849 yang kemudiannya dirobohkan dan dipindah ke Simanggang pada tahun 1864. Kubu ini kini dikenali sebagai Fort Alice sempena nama Christian kedua Ranee Margaret.

Berikut Adalah Sejarah Disebalik Nama-Nama Jalan di Kuching
Fort Alice. Kredit: Jean

Beliau turut mengambil bahagian dalam ekspedisi untuk menghukum ketua-ketua Dayak yang memberontak. Salah seorang daripada ketua-ketua Dayak ini ialah Rentap pada tahun 1864.

Potret Rentap. Kredit: Brooke Trust

Beliau memegang jawatan ketua setiausaha pada 1862 sehingga beliau bersara.

Jalan Deshon Henry FitzGibbon Deshon berkhidmat kepada Rajah kedua pada 1876 sehingga 1904.

Pada tahun 1902, beliau bertanggungjawab mengendali Ekspedisi Cholera yang teruk di mana 2,000 daripada 12,000 lelaki mati akibat kolera sebelum sempat menghadapi musuh. Ekspedisi itu pada mulanya berangkat untuk menghukum pemberontak Ulu Ai Bantin. Beliau dilantik sebagai Resident First Division setahun sebelum bersara.

Jalan Ellis H.D. Ellis merupakan penguasa Public Works and Survey. Beliau berkhidmat selama sepuluh tahun sejak 1897.

Beliau bertanggungjawab terhadap kebanyakkan penambahbaikan di sekitar bandar Kuching termasuk pembinaan tembok sungai. Tanpa dinding tersebut, Jalan Gambier sentiasa meluncur ke sungai seperti pantai!

Jalan Yang Dinamakan Atas Sebab Lain

Jalan Ban Hock – Ban Hock merupakan sebuah firma kontraktor binaan, yang dimiliki oleh Yeo Guan Chow. Pemberian nama tersebut kepada jalan ini merupakan pengiktirafan kerja Yeo yang membantu membina pejabat kerajaan dan sebagainya.

Jalan Barrack – Pada tahun 1911, berek polis dibina untuk polis-polis Sikh dan Sepoy di kedua-dua belah India Street dan menaik ke Balai Polis Pusat yang masih wujud sekarang.

Berek-berek tersebut diroboh pada tahun 1930 ketika berek baru dibina di Jalan Badruddin.

Jalan Gambier – Nama jalan ini diberi sempena tumbuhan gambir iaitu eksport utama Sarawak pada 1894.

Daun tumbuhan ini menghasilkan ekstrak yang digunakan untuk dye dan tan leather. Semua bisnes yang berkaitan dengan eksport utama ini berlangsung sepanjang jalan ini.

Tumbuhan Gambir. Kredit: KnowPlant

Jalan Green – Jalan ini merupakan jalan yang berumput hijau di mana Rajah kedua selalu menunggang kuda. Jalan ini kekal sebagai jalan berumput sehingga selepas Perang Dunia Kedua.

Jalan India – Nama jalan ini diubah daripada Jalan Keling ke Jalan India pada tahun 1928 dengan kebenaran Rajah. Jalan ini diberi nama tersebut sempena kedai-kedai milik orang India yang berada di kawasan tersebut.

Jalan India. Kredit: The Masterpiece

Jalan Main Bazaar – Main Bazaar merupakan bazaar paling pertama di Kuching dan juga antara kawasan pertama di pasar mempunyai kedai-kedai binaan batu bata dan jalan kaki lima. Dibina pada tahun 1872, kedai-kedai binaan batu bata ini selamat daripada The Great Fire of Kuching pada 1884.

Jalan Padungan – Nama jalan ini diberi sempena kampung Melayu yang terbesar iaitu Kampung Padungan bertahun-tahun yang lalu. Penduduk kampung ini berpindah keluar apabila sebuah jalan dibina lalui kampung tersebut dengan kedai-kedai yang akan ada di kedua-dua belah jalan.

Jalan Pending – Jalan ini sebenarnya mendapat namanya dari perkataan Inggeris ‘Pending’. Kawasan ini adalah satu-satunya tempat yang selamat bagi kapal untuk mengambil kargo. Jalan ini dinamakan oleh Borneo Company yang digunakan untuk mengekalkan kargo mereka di gudang sementara menunggu penghantaran. (tengah ‘pending‘, gitu.)

Jalan Power – Jalan ini dibina dan dinamakan pada 1922 ketika sebuah stesen elektrik dibina. Salah satu pusat membeli belah utama di Kuching, Elektra House, dibina pada 1965, terletak di sini. Tapi nang power juak Elektra House tok, sampai kinek masih berdiri!

Jalan Rock – Jalan ini lalui sebuah batu besar di Batu 2. Batu ini dikenali kepada kaum Melayu sebagai ‘batu kinyang’ and dipercayai suci selama beratu-ratus tahun.

Jalan-Jalan Lagenda Kuching

Sesungguhnya, kita mempunyai banyak jalan di Kuching yang mempunyai latar belakang bersejarah. Jalan apa lagi anda rasa kami belum ceritakan? Komen dan jangan lupa share!

kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button