fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Berjalan Selama 6 Jam, Cikgu Ini Lawat Para Pelajar Di Kampung Untuk Mengedar Kerja Rumah Sekolah

Kedung BK Oleh Kedung BK
29 April 2020
Berjalan Selama 6 Jam, Cikgu Ini Lawat Para Pelajar Di Kampung Untuk Mengedar Kerja Rumah Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Seorang cikgu yang bertanggungjawab dan mengambil kisah tentang pelajar

Berjalan Selama 6 Jam, Cikgu Ini Lawat Para Pelajar Di Kampung Untuk Mengedar Kerja Rumah Sekolah. Antara golongan yang terjejas teruk akibat PKP adalah guru dan pelajar, di mana mereka kini terpaksa mengendali pembelajaran melalui talian seperti Whatsapp, Google Doc dan sebagainya. Namun, tak banyak pelajar mempunyai kemudahan seperti itu, lagi-lagi mereka yang diam di dalam kawasan perkampungan. Disebaliknya, cikgu yang berasal dari Sarawak ini telah mengambil keputusan untuk berjalan selama 6 jam setiap minggu demi melawat para pelajarnya agar memberi kerja rumah sekolah.

teacher delivering homework to students (2)
Berjalan Selama 6 Jam, Cikgu Ini Lawat Para Pelajar Di Kampung Untuk Mengedar Kerja Rumah Sekolah

Mengedar kerja rumah dalam masa sama membimbing mereka

Muhammad Nazmi Rosli merupakan seorang cikgu berusia 27 tahun yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Long Sukang di Lawad, Sarawak. Akibat PKP dilaksanakan, semua sekolah di seluruh negara diarahkan tutup dan kebanyakan cikgu sekolah telah kembali ke daerah/negeri masing-masing dan mengendalikan pembelajaran melalui talian.

ADVERTISEMENT

Beliau adalah salah satu yang masih berada di Lawad dan telah meluangkan masa 6 jam setiap minggu untuk mengunjungi murid-muridnya yang tinggal di 13 buah kampung di persekitaran Lawad. Beliau juga mengambil peranan untuk menerima bahan pengajaran dari rakan-rakannya dan menyampaikannya kepada 111 pelajar sekolah. Sebagai langkah keselamatan, beliau menyampaikan secara berasingan agar mengelak pelajar-pelajar berkumpul dalam satu pusat. Ini juga dilaksanakan kerana kelas dalam talian tidak dapat dilaksanakan kepada kebanyakan pelajar.

printed out homework
Beliau akan sekali mengedar kerja rumah yang diberi oleh rakan-rakan sekerja beliau. Kredit: mStar

Terpaksa menggunakan jalan balak

Semasa melakukan pusingannya setiap minggu, beliau terpaksa menggunakan jalan balak, iaitu jalan tidak berturap yang menuju ke dalam hutan. Oleh kerana beliau perlu mengunjung pelajar yang berbilangan besar, beliau akan mengambil masa selama 6 jam sehingga beliau dah siap misinya untuk hari tersebut. Beliau akan melakukan ini sehingga tempoh PKP sudah berakhir.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan anda juga, beliau telah diberikan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sebelum melakukan perjalanan, jadi tak perlu bimbang tentang pelanggaran undang-undang. Tambah lagi, beliau dan murid-muridnya telah dinasihatkan oleh pegawai kesihatan untuk memastikan langkah-langkah keselamatan diamalkan. Salah satunya ialah pelajar disuruh untuk mencuci tangan dengan sabun sebelum menerima kerja rumah mereka daripada Cikgu Rosli.

“Tiada anak-anak yang ketinggalan”

Ini dikatakan oleh beliau mengenai tindakan beliau yang sudi meluangkan masa yang banyak demi membimbing dan memberi kerja rumah sekolah kepada murid-murid beliau. Tak dinafikan beliau seorang guru yang bertanggungjawab dan sanggup korbankan masa dan tenaga beliau demi pendidikan muridnya. Semoga dipermudahkan segala urusan, cikgu!

ADVERTISEMENT
The Goldbergs Teacher GIF by ABC Network
Krdit: Giphy

Jom Baca Artikel Lain :

Share2145Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy