fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Berkat Jual Kuih, Graduan Universiti Ini Berjaya ‘Renovate’ Tandas Kayu Jadi Mewah

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
6 Mei 2020
Berkat Jual Kuih, Graduan Universiti Ini Berjaya ‘Renovate’ Tandas Kayu Jadi Mewah
Share on FacebookShare on Twitter

Rezeki Ada Di Mana-Mana.

Berkat Jual Kuih, Graduan Universiti Ini Berjaya ‘Renovate’ Tandas Kayu Jadi Mewah. Siapa setuju bahawa rezeki setiap orang itu ada yang cepat dan ada pula yang lambat?

Jalan hidup seseorang tidak sama seperti orang lain. Ada orang yang sentiasa memperoleh rezeki tepat pada masanya, namun ada segelintirnya pula menunggu sehingga bertahun-tahun untuk mendapatkan apa yang mereka impikan.

Terutamanya dalam bab pekerjaan. Apatah lagi, keadaan global akibat pandemik pada ketika ini menyukarkan lagi usaha mencari pekerjaan.

ArtikelBerkaitan

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

Sempena Hari Wanita, Ini 5 Senarai Promosi Hebat Restoran Untuk Anda

Gadis Ini Tidak Malu Jual Kuih Walaupun Bergelar Graduan Universiti

Namun, ada sebuah kisah menarik yang ingin kami kongsikan kepada anda tentang percaya pada usaha dan rezeki. Walau pun mempunyai sijil ijazah dan bergelar graduan universiti, gadis ini tidak malu menjual kuih bersama ibunya untuk menampung kehidupan. Malah, gadis yang bernama Fazlina Rajani ini akhirnya mampu mengubah suai rumah kayu termasuk tandas milik keluarganya hanya dengan pendapatan jualan kuih.

Perkongsian ini telah mendapat 405 shares dan 1K tanda sukaan semasa artikel ini diterbitkan. Mari baca kisah menarik beliau.

Sanggup Beli Bagasi Untuk Angkut Kek Dan Kuih Ke Semenanjung Semasa Zaman Belajar

Gadis ini ternyata bangga dengan kerjanya sebagai penjual kuih muih bersama ibunya walau pun dirinya merupakan seorang graduan universiti. Sudah berjinak-jinak dari sekolah rendah hingga dewasa menjual kuih, rutin tersebut ibarat sebati dalam dirinya sehinggakan sanggup membeli bagasi penerbangan semata-mata untuk menerbangkan kek lapis serta kuih yang dipesan oleh rakan-rakan serta pensyarah di Semenanjung.

Walau pun pernah disindir gara-gara ‘belajar tinggi-tinggi’ tetapi hanya menjual kuih, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat gadis ini untuk menjadikan impiannya suatu yang nyata.

Menurut Fazlina, hasil daripada jualan kuih, mereka sekeluarga berjaya mengubah suai rumah dan bilik mandi kayu yang usang dan rapuh menjadi sebuah kamar mandi dan tandas ibarat rumah kondominium.

Berkat Jual Kuih, Graduan Universiti Ini Berjaya 'Renovate' Tandas Kayu Jadi Mewah
Berkat Jual Kuih, Graduan Universiti Ini Berjaya ‘Renovate’ Tandas Kayu Jadi Mewah

Kenangan Bersama Tandas Usang Keluarga

Menyoroti semula kenangan yang disifatkan sebagai lucu, beliau menceritakan bahawa kamar mandi usang itulah yang mereka sekeluarga gunakan sejak 20 tahun yang lalu. Malah, ketika mandi, pelbagai imaginasi liar bermain di fikirannya seperti dimasuki ular dan bilik mandi roboh. Disebabkan keadaan nya yang usang, anak-anak buahnya tidak dibenarkan mandi beramai-ramai di dalam kamar mandi tersebut, takut-takut perkara yang tidak diingini berlaku.

Bukan itu sahaja, kini beliau mempunyai kamar sendiri di rumah dan membeli sendiri semua perabot dan perhiasan bilik tidurnya. Katanya, beliau kini tidak perlu lagi runsing sekiranya ada rakan yang mahu bertandang atau ‘berambeh’ ke rumahnya.

Berkat Jual Kuih, Graduan Universiti Ini Berjaya 'Renovate' Tandas Kayu Jadi Mewah

Keadaan Hidup Menjadikan Gadis Ini Bersemangat Capai Impian

Jelas Fazlina lagi, beliau sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan pernah merasa kepayahan hidup. Erti susah kehidupan tersebut membuatkan beliau semakin bersemangat untuk mencari pekerjaan yang bagus untuk membalas jasa ibu bapanya. Walau pun bekerja sebagai penjual kuih, Fazlina sentiasa berdoa agar beliau dikurniakan pekerjaan tetap bagi mencapai impian ibu bapanya.

Bak kata orang, rezeki ada di mana-mana. Kadang kala, masyarakat lupa bahawa tahap pendidikan seseorang bukanlah satu-satunya ‘lesen’ atau kayu ukur pekerjaan yang bakal dikecapi. Sehingga kini, ramai graduan yang bekerja di luar bidang jurusan. Malah, ada yang lebih berjaya daripada mereka yang pada awalnya disanjung kerana mendapat pekerjaan yang ‘mantap’. Jika minat mendalam sudah ada, mengapa tidak diteruskan sahaja? Pedulikan ijazah anda. Ia hanya sekeping kertas dan darjat. Hanya anda yang lebih mengenali apa yang anda pelajari dan lalui.

Semuanya bermula dengan perjuangan kecil seperti Fazlina.

Tidak dilupa pada mereka yang baru menemui matlamat hidup, anda bukan orang yang gagal. Sebaliknya, itulah jalan hidup yang harus anda usahakan hingga berjaya. Nothing is too late.

Kepada Fazlina, graduan yang masih menganggur dan bakal graduan, tahniah dan semoga mendapat pekerjaan tetap tak lama lagi!

Dah pernah pergi angkasa pun sanggup jadi ‘delivery man’ guna motorsikal. Jadi, siapa lah kita hendak memilih kerja di waktu yang sukar ini kan? Baca selanjutnya di sini :

Share2496Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy