fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan

Kedung BK Oleh Kedung BK
24 September 2020
Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Susulan Sabah diisytiharkan zon merah, Sarawak mula meningkatkan langkah-langkah untuk memantau pengunjung dari Sabah

Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan. Terkini, dilaporkan bahawa keputusan untuk memperketatkan kemasukan pengunjung dari Sabah akan berkuatkuasa mulai 25 September.

Penyataan ini diumumkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hasil mesyuarat hari ini berikutan banyak kes positif Covid-19 dilaporkan di Sabah.

ADVERTISEMENT
Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan
Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan

Perjalanan ke Sarawak dari laluan Sabah dan Labuan dikehendaki memohon kebenaran masuk ke negeri

Menurutnya, bagi rakyat Sarawak serta pemegang Pas Pemastautin Tetap (PR) atau pemegang Pas Visa Sarawak yang datang ke negeri melalui Sabah atau Labuan perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi secara dalam talian aplikasi EnterSarawak sebelum masuk ke negeri.

Mereka juga dikenakan kuarantin di rumah selama 14 hari dan akan diberi gelang tang serta dikehendaki menjalani ujian calitan rT-PCR pada hari kedua dan hari kesepuluh. Ujian ini akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Bagi rakyat Malaysia yang bukan warga Sarawak (Semenanjung, Sabah atau Labuan) dan warga asing, mereka perlu memohon kebenaran masuk ke negeri untuk masuk.

ADVERTISEMENT

Mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi EnterSarawak dengan melampirkan keputusan ujian Covid-19 (rT-PCR) mereka (sah 3 hari) sebelum diluluskan untuk masuk ke negeri. Jika gagal berbuat demikian, mereka tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

Tambahnya lagi, mereka akan diberi pas masuk lima hari terhad di Sarawak dan harus melampirkan tiket penerbangan perjalanan pulang.

ADVERTISEMENT
Rakyat Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari Di Rumah Sekiranya Tiba Dari Sabah Atau Labuan
Bukan warga Sarawak yang hendak masuk ke Sarawak perlu menjalani ujian rT-PCR (sah 3 hari) sebelum perjalanan dan hasil keputusan ujian harus dilampirkan.

Perlu memohon pas khas bagi mereka yang membuat perjalanan berulang alik kerap dari Sabah/Labuan ke Sarawak

Bagi warganegara dan warga asing yang perlu membuat perjalanan berulang alik kerap, mereka dikehendaki untuk memohon pas khas dari JPBN Bahagian (Pejabat Residen) dan juga mengambil sampel Covid-19 setiap 14 hari.

Hasil keputusan ujian rT-PCR hanya akan sah selama 14 hari dan jika mereka gagal follow up untuk pemeriksaan seterusnya, pas mereka akan dianggap tidak sah.

Semua warganegara dan warga asing yang ingin memasuki Sarawak harus mengisytiharkan jika mereka berada di antara Sabah atau Labuan dalam tempoh 14 hari lepas

Sekiranya didapati membuat pengisytiharan palsu, mereka akan dikenakan tindakan di bawah State Protection of Public Health Ordinance 1999.

Semua penerbangan yang transit melalui Sabah atau Labuan tidak akan dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa dilampirkan keputusan ujian Covid-19 rT-PCR.

Lagi di sini:

Share165Tweet103SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy