fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Berlanang – Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Melayu Sarawak

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
4 November 2019
Berlanang – Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Melayu Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tradisi Masyarakat Melayu Sarawak Zaman Mensia Marek

Berlanang – Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu Sarawak terkenal dengan adat tradisi berbalas pantun. Tradisi ini diolah dalam bentuk persembahan bersama elemen tarian (tandak) dan muzik seperti bermukun, nopeng atau bergendang. Namun begitu, tahukah anda bahawa selain daripada bergendang atau bermukun, masyarakat Melayu Sarawak juga mempunyai satu lagi tradisi berbalas pantun iaitu berlanang?

Persembahan Berlanang Berasal Daripada Kegiatan Penduduk

Persembahan Berlanang. Kebudayaan tradisi Melayu mensia marek yang diketengahkan kembali pada malam perasmian Samarahan Food Festival malam ini. Bagi yang baru mendengar tentang tradisi berlanang ini, ianya merujuk kepada aktiviti mendayung perahu sambil berbalas pantun. Tradisi ini sering dilakukan oleh orang dulu-dulu sewaktu mendayung perahu untuk menangkap ikan mahupun ke sawah.Persembahan ini dipersembahkan oleh wakil penduduk daripada Kampung Mang yang telah diundang khas diketuai oleh Haji Drahman Amin☺️

Posted by Menarik di Samarahan on Sunday, November 3, 2019
Persembahan berlanang daripada kumpulan penduduk Kampung Mang, Samarahan. Kredit : FB Menarik di Samarahan

Tradisi berlanang ini merupakan satu jenis persembahan berbalas pantun dalam bentuk perbuatan mendayung. Semasa persembahan berlanang ini dilakukan, sebuah perahu akan digunakan dan dinaiki oleh para pendayung sambil mereka berbalas pantun dengan iringan bunyi pukulan dayung. Tradisi berlanang ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di sekitar kawasan Kota Samarahan.

ADVERTISEMENT

Untuk makluman juga, ia sebenarnya berasal daripada kegiatan seharian penduduk pada zaman dahulu yang menggunakan perahu dan mendayung untuk menangkap ikan atau turun ke sawah. Maklumlah, pada zaman dahulu, tiada hiburan seperti di radio, media sosial mahu pun telefon bimbit. Jadi, inilah aktiviti yang dilakukan bagi menghilangkan rasa penat mendayung.

Aktiviti Berbalas Pantun Sampaikan Mesej Pedoman Hidup

Berlanang - Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Melayu Sarawak
Aktiviti bergendang sambil berbalas pantun. Pendendang pantun dipanggil Seh Gendang. Kredit : shikinshapiee.blogspot.com

Jika diperhatikan, amalan berbalas pantun ini merupakan salah satu cara masyarakat pada zaman dahulu untuk menyampaikan mesej atau pesanan kepada generasi masyarakat dalam nada yang lebih enak untuk didengar. Sopan tetapi membawa makna yang jelas untuk diungkap. Kebanyakan bait pantun pasti menyelitkan nilai-nilai murni serta pengajaran untuk pedoman hidup.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Kebolehan Berpantun Petanda Otak Kreatif dan Kritis

Berlanang - Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Melayu Sarawak
Aktiviti bermukun diiringi oleh pemain gendang, pemain biola dan akordion. Kredit : gendangsiney.blogspot,com

Kebolehan seseorang individu membalas pantun dengan pantas juga menandakan bahawa seseorang itu mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Bayangkan, setiap rangkap pantun terdiri daripada beberapa patah perkataan ringkas yang membawa mesej yang sama seperti mesej yang dikarang dalam ayat penuh untuk satu perenggan. Kebolehan mengolah pantun dengan pengetahuan kosa kata yang meluas merupakan satu manfaat yang diperolehi hasil daripada aktiviti berbalas pantun seperti yang dilakukan dalam tradisi berlanang, bermukun mahupun bergendang. Serta merta pula tu membalas pantun. Memang hebat lah!

ADVERTISEMENT

Sayangnya, tradisi sebegini tidak begitu diminati oleh generasi muda kerana terdapat sumber hiburan yang lebih menepati selera dan halwa telinga mereka. Mungkin ada yang berminat untuk menyaksikan tradisi ini dan menghayatinya namun anak muda yang mahu belajar dan meneruskan tradisi ini boleh dihitung menggunakan jari.

Adakah ini kali pertama anda mendengar tentang tradisi berlanang? Jika anda mempunyai sebarang pendapat tentang tradisi ini, sila kongsikan di ruangan komen.

ADVERTISEMENT

Jangan lupa juga untuk like dan share post ini!

Follow kami di :

Facebook : I Love Borneo
Instagram : I Love Borneo
Youtube : I Love Borneo

Share395Tweet44SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy