fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Berniaga Guna Perahu, Banjir Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk Mencari Rezeki

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
20 Januari 2021
Berniaga Guna Perahu, Banjir Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk Mencari Rezeki
Share on FacebookShare on Twitter

Wanita berusia 55 tahun gigih mendayung perahu untuk menjaja hasil jualannya.

Berniaga Guna Perahu, Banjir Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk Mencari Rezeki. Walaupun dilanda banjir, Nona Demit yang berusia 55, tetap gigih menjual kuih muih, mi dan nasi lemak sekeliling Kampung Sekaan Besar, Matu.

Namun, kelainannya kali ini dia menggunakan perahu dan bukan motosikal seperti kebiasaannya.

“Saya menjual kuih-muih, mi dan nasi lemak pada sebelah pagi dan petang,” katanya kepada Utusan Borneo.

ini lah perkejaan saya yang tak dapat nak di pisah kan dari dalam diri saya rutin harian demi mencari rezeki yang halal…

Posted by Nona Demit Nona Demit on Monday, January 18, 2021
Berniaga Guna Perahu, Banjir Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk Mencari Rezeki
Berniaga Guna Perahu, Banjir Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk Mencari Rezeki

Walaupun kampung dilanda banjir, Nona bersyukur masih diberikan kekuatan untuk mendayung perahu

Walaupun kampungnya dilanda banjir, dia berasa amat bersyukur masih lagi diberikan kekuatan untuk mendayung perahu sekeliling kampung untuk menjaja hasil jualannya.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

“Ketika banjir, semua orang tidak dapat keluar rumah, jadi setiap kali itu juga barang jualan akan habis dijual,” menurut Nona.

Secara kasar, hasil jualan Nona boleh meraih sehingga RM200 untuk dua sesi jualan pada pagi dan juga petang.

Disamping dapat menyara keluarganya dengan wang tersebut, dia juga turut puas dan gembira kerana dapat berkhidmat kepada penduduk Sekaan Besar.

Berniaga Guna Perahu, Banjir Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk Mencari Rezeki
Berniaga Guna Perahu, Banjir Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk Mencari Rezeki

Nona juga mengucapkan terima kasih atas bantuan bekalan makanan banjir

Selain itu, Nona juga ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan bekalan makanan banjir yang telah diagihkan kepada penduduk Matu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya baru-baru ini.

Sekitar 14,000 penduduk terdiri 29 kampung Daerah Matu terjejas gara-gara banjir baru-baru ini akibat hujan lebat serta air pasang besar yang berlaku secara serentak.

Walaupun kini air mulai surut, namun penduduk diminta untuk terusberada dalam keadaan berjaga-jaga serta waspada. Sekaan Besar juga antara kampung yang penduduknya paling ramai terjejas akibat banjir.

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy