fbpx
Cerita Borneo

Boleh Buat Animasi 3D, ASUS Memperkenalkan Komputer Riba Spec Tinggi Pada Harga RM49,999

Heavy Duty Laptop!

Boleh Buat Animasi 3D, ASUS Memperkenalkan Komputer Riba Spec Tinggi Pada Harga RM49,999. ASUS Malaysia baru-baru ini dedah komputer riba spesifikasi tinggi mereka, ASUS ProArt StudioBook One, boleh didapati di negara ini.

Komputer riba ini yang berfungsi sebagai Creator Workstation ditujukan kepada mereka yang dalam bidang pembangunan produk, sains data dan juga animasi 3D.

Tunggu jap!

Sebelum anda laju-laju nak pergi check komputer riba ini di mana-mana laman web IT untuk review, lebih baik kami bagitau berapa harga untuk satu komputer riba ini – ASUS menawarnya pada harga RM49,000! Lebih kurang harga satu kereta dah tu.

Boleh Buat Animasi 3D, ASUS Memperkenalkan Komputer Riba Spec Tinggi Pada Harga RM49,999
Boleh Buat Animasi 3D, ASUS Memperkenalkan Komputer Riba Spec Tinggi Pada Harga RM49,999

Spesifikasi tinggi tip top

ASUS ProArt StudioBook One ini hadir dengan:

  • Skrin 15.6 inci UHD
  • Cip pemprosesan Intel Core i9-99-80hk
  • Kad grafik NVIDIA Quadro RTX 6000
  • 64GB RAM
  • Storan 1TB PCIE G3X4 SSD

Dengan penawaran spesifikasi padu ini, maka tak hairan lah ia juga membawakan tanda harga yang sedikit tinggi berbanding lain!

Dipasarkan sebagai stesen kerja pereka premium, semua komponennya diletakkan di panel belakang, di mana monitor berada, dan komputer riba ini mempunyai engsel pop-up yang mengangkat pada sudut untuk membolehkan aliran udara lebih baik.

Semua komponennya diletakkan di panel belakang

Juga terdapat adalah dua kipas yang diletakkan berhampiran bahagian bawah yang masukkan udara dan mengeluarkannya melalui bahagian atas panel. Semua ini untuk memastikan perkembangan kerja yang lancar dalam menghasilkan kerja tanpa sebarang unsur lagging.

Hasil kolaborasi dengan NVIDIA

Komputer riba ini adalah hasil kolaborasi dengan NVIDIA jadi rupa komputer riba ini mempunyai penampilan classy dengan binaan yang agak nipis.

Dari segi port I / O, komputer riba ini dilengkapi dengan 3 port USB C 3xThunderbolt dengan sokongan DP 1.4. Ini membolehkan anda menyambungkan paparan 8K sekiranya anda memerlukan sambungan monitor. Manakala yang menghidupkan komputer riba ini adalah bateri 90Wh dan dicaj dengan adapter 300W yang terdapat di dalam kotak.

Komputer ini dilengkapi dengan 3 port USB C 3xThunderbolt

Dengan spesifikasi power sebegini, maka tak hairanlah harga yang ditawarkan bernilai tinggi.

Jika anda nak review komputer riba ini, anda boleh layari di SINI.

Lagi di sini:

Artikel Berkaitan

Back to top button