fbpx
Cerita Borneo

Boleh Menyebabkan Keracunan Pada Manusia, Pakar Memberi Amaran Tentang Risiko Makan Daging Penyu

Walaupun daging penyu dilarang dimakan, terdapat juga beberapa kes membongkarkan aktiviti penjualan daging penyu secara haram

Boleh Menyebabkan Keracunan Pada Manusia, Pakar Memberi Amaran Tentang Risiko Makan Daging Penyu. Terkini dilaporkan memakan daging penyu membawa risiko keracunan yang boleh membawa maut.

Penyataan ini dikatakan oleh pensyarah Biologi Laut iaitu Dr. Muhammad Hafiz Borkhanuddin, yang bertugas di Fakulti Sains dan Alam Sekitar Laut, Universiti Malaysia Terengganu.

Boleh Menyebabkan Keracunan Pada Manusia, Pakar Memberi Amaran Tentang Risiko Makan Daging Penyu

Mempunyai kandungan logam tinggi yang melebihi piawai keselamatan makanan antarabangsa

Menurut beliau, daging penyu mempunyai kandungan logam tinggi dan melebihi piawai keselamatan makanan antarabangsa.

Malah, jika daging penyu sering dimakan, ia boleh mengakibatkan penyakit kronik yang bahkan boleh mengakibatkan kematian.

“Ini boleh menyebabkan kesan toksik dan mengakibatkan beberapa penyakit seperti penyakit buah pinggang, barah hati, dan juga memperanguhi perkembangan janin,” katanya.

Selain itu, daging penyu juga mempunyai bakteria, parasit, biotoksin dan pengumpulan bakteria akibat pencemaran alam sekitar.

Pada masa ini, daging penyu dijual di pasaran gelap untuk memenuhi permintaan peminat makanan eksotik di dalam dan luar negara di mana permintaan tersebut juga menjadikan Malaysia tempat yang mudah untuk mendapatkan spesies haiwan yang terancam.

Semua perlu bekerjasama untuk memainkan peranan masing-masing

Beliau juga berkata sekiranya amalan ini berterusan, generasi berikutnya tidak lagi dapat melihat penyu secara dekat dan mendesak semua pihak yang berkenaan memainkan peranan mereka dalam mengekang perdagangan daging penyu di pasaran gelap.

“Dari perspektif parasitologi, ada banyak laporan yang mencatat kehadiran telur dan cacing parasit pada penyu seperti cacing trematoda. Parasit trematoda dewasa dijumpai terutama di jantung, sementara telur trematoda dapat dijumpai di berbagai organ termasuk otak, jantung, hati, paru-paru, limpa, ginjal, perut, usus, dan juga di kulit.

Oleh itu, pengambilan daging dan telur penyu harus dihentikan untuk mengurangkan kesan kesihatan pada manusia dan ada juga keperluan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai perkara ini,” kata beliau lagi.

Parasit trematoda dapat ditemui dalam penyu. Kredit: Sea Turtle Guardian

Beliau juga membuat penyataan dari sudut pandangan agama.

“Bagi orang Islam, ada larangan memakan daging penyu yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terhadap binatang yang hidup baik di darat maupun di perairan, seperti katak, buaya dan haiwan serupa lainnya,” ujarnya lagi.

Jadi, hentilah makan daging dan telur penyu. Jangan sehingga ia sudah terlambat baru menyesal. Pentingkan kesihatan anda, dan juga bagi peluang untuk generasi yang akan datang untuk menikmati haiwan ini yang sudah terancam akibat kerakusan manusia.

Lagi di sini:

Sumber
BERNAMA

Artikel Berkaitan

Back to top button