fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Bom Jepun Perang Dunia Kedua Seberat 113 Kilogram Di Miri Telah Dimusnahkan

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
6 Januari 2021
Bom Jepun Perang Dunia Kedua Seberat 113 Kilogram Di Miri Telah Dimusnahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Bom tersebut dipercayai masih lagi aktif kemudiannya telah dimusnahkan.

Bom Jepun Perang Dunia Kedua Seberat 113 Kilogram Di Miri Telah Dimusnahkan. Pada 4 Januari lalu, seorang lelaki telah menemuai bom secara tidak sengaja ketika dia hendak membuang air kecil di Pantai Tanjung Lobang Miri.

Penemuan tersebut terus dilaporkan pada pihak yang berkuasa dan semalam, polis Miri telah mengambil tindakan untuk memusnahkan bom aerial tinggalan Perang Dunia Kedua tersebut semalam.

Bom Jepun Perang Dunia Kedua Seberat 113 Kilogram Di Miri Telah Dimusnahkan
Bom Jepun Perang Dunia Kedua Seberat 113 Kilogram Di Miri Telah Dimusnahkan

Bom seberat 113 kilogram dan sepanjang 1.10 meter itu masih lagi aktif

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari, bom tersebut dipercayai seberat 113 kilogram dan sepanjang 1.10 meter itu masih lagi aktif.

“Operasi meletupkan bom ini telah dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

“Letupan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada jam 10 pagi dan jam 12 tengah hari,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Bom Jepun Perang Dunia Kedua Seberat 113 Kilogram Di Miri Telah Dimusnahkan

Berjaya diletupkan dengan impak yang paling minimum

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, bom terbabit berjaya diletupkan dengan impak yang paling minimum tanpa kecederaan.

“Kita bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan berhubung kes ini.

“Bagaimanapun, operasi meletupkannya terpaksa ditangguh pada 5 Januari disebabkan kawasan itu ditenggelami air pasang,” kata beliau.

Lagi di sini:

SUMBER : Harian Metro
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy