fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Brunei Darussalam Jadi Negara Pertama Di Borneo Catat Tiada Kes Aktif COVID-19

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
17 Jun 2020
Brunei Darussalam Jadi Negara Pertama Di Borneo Catat Tiada Kes Aktif COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Pesakit Terakhir Meninggal Dunia Pada Isnin Lalu

Brunei Darussalam Jadi Negara Pertama Di Borneo Catat Tiada Kes Aktif COVID-19. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kesihatan Brunei, YB Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Isham Hj Jaafar melalui sidang media ringkas.

Walau bagaimanapun, pengisytiharan tersebut disusuli dengan berita dukacita tentang kematian pesakit terakhirnya.

Pesakit terakhir yang berusia 67 tahun tersebut itu meninggal dunia pada Isnin setelah bertarung selama 2 bulan di Pusat Pengasingan Nasional. Pesakit yang dikenal pasti sebagai kes ke-122 tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Namun, beliau mula menunjukkan gejala pada 23 Mac 2020 dan disahkan positif pada 28 Mac. Dua hari kemudian, pesakit tersebut dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pesakit terakhir ini juga telah disahkan negatif sebanyak 2 kali sejak 10 Mei namun beliau tetap dirawat di ICU disebabkan keadaannya yang tidak stabil.

Brunei tiada kes aktif selama 40 hari berturut-turut

Kematian ini merupakan kematian ketiga setakat ini dilaporkan di Brunei. Kematian pertama dilaporkan pada 28 Mac melibatkan warga emas lelaki berusia 64 tahun manakala kematian kedua melibatkan lelaki berusia 56 tahun dua bulan kemudian iaitu pada 27 Mei 2020.

Negara di Kepulauan Borneo ini tidak melaporkan kes aktif COVID-19 selama 40 hari berturut-turut.

Brunei Darussalam Jadi Negara Pertama Di Borneo Bebas COVID-19

Terdahulu, Brunei mencatatkan kes positif COVID-19 yang pertama di Kepulauan Borneo pada 9 Mac apabila seorang lelaki berusia 59 tahun kembali dari Kuala Lumpur.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes di negara tersebut adalah sebanyak 141 kes dengan 138 daripadanya telah pulih berserta 3 kematian.

Apa-apa pun, tahniah Brunei dan teruskan usaha membendung penularan semula wabak ini.

Kita pasti menang.

Anda juga boleh merujuk artikel ini jika Brunei nanti sudah membuka sempadannya untuk pengembaraan roadtrip :

SUMBER : The Scoop
Share4634Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy