fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Brunei Kembali Catat Satu Kes Positif Hari Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
19 Ogos 2020
Brunei Darussalam Jadi Negara Pertama Di Borneo Catat Tiada Kes Aktif COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Kes tersebut kembali dikesan setelah tiada kes baharu selama lebih satu bulan

Brunei Kembali Catat Satu Kes Positif Hari Ini. Kementerian Kesihatan Brunei hari ini memaklumkan bahawa negara tersebut kini kembali mencatatkan 1 kes positif.

Kes yang dikesan melibatkan seorang wanita yang berusia 31 tahun. Wanita tersebut dikatakan pulang dari negara Timur Tengah dan transit di Kuala Lumpur sebelum mengambil penerbangan pulang ke Brunei.

Kes 143 itu tiba di Brunei melalui sebuah penerbangan pada 12 Ogos. Wanita tersebut dikesan positif melalui ujian saringan swab yang dilakukan untuk individu yang baru pulang dari luar negara.

Brunei Kembali Catat Satu Kes Positif Hari Ini
Brunei Kembali Catat Satu Kes Positif Hari Ini

Kes baru tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom

Wanita tersebut walau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang simptom dan kini sedang dirawat di Pusat Pengasingan Nasional Brunei.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Sehingga kini, seramai 42 kontak rapat telah dikesan dan 34 daripadanya telah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif. Selebihnya masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua mereka juga dikehendaki menjalani perintah kuarantin sebagaimana dalam Akta Penyakit Berjangkit (Seksyen 104).

3 warga Indonesia yang positif setelah pulang dari Brunei telah pulih

Negara tersebut telah mencatatkan 139 kes positif dengan 3 kematian dan 1 kes aktif terkini sejak kes pertama dikesan pada 9 Mac 2020.

Dalam masa yang sama, 3 warga Indonesia dikesan positif di Surabaya, Indonesia setelah mereka pulang dari Bandar Seri Begawan, Brunei telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat jiran kita dari Brunei Darussalam. Amin.

Artikel berkaitan :

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy