fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Brunei Tangguh Pelaksanaan Caj Keluar Masuk, Penduduk Limbang Boleh Tarik Nafas Lega

iloveborneo Oleh iloveborneo
2 Ogos 2020
Brunei Tangguh Pelaksanaan Caj Keluar Masuk, Penduduk Limbang Boleh Tarik Nafas Lega
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Berikutan Permintaan Daripada Kerajaan Negeri Sarawak

Brunei Tangguh Pelaksanaan Caj Keluar Masuk, Penduduk Limbang Boleh Tarik Nafas Lega. Kerajaan Brunei Darussalam telah mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan caj keluar dan masuk ke negara itu sehingga 1 Okt  berikutan permintaan daripada kerajaan negeri Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata beliau telah mengutus surat kepada kerajaan Brunei baru-baru ini meminta pelaksanaan caj itu, yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan.

ADVERTISEMENT
Brunei Tangguh Pelaksanaan Caj Keluar Masuk, Penduduk Limbang Boleh Tarik Nafas Lega
Brunei Tangguh Pelaksanaan Caj Keluar Masuk, Penduduk Limbang Boleh Tarik Nafas Lega

“Saya telah memohon supaya kerajaan Brunei Darussalam membincangkan (perkara ini) secara mendalam serta mengambil kira perkara-perkara tertentu (dalam melaksanakan caj kemasukan itu).

“Kita amat menghargai dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Brunei Darussalam kerana mereka telah menangguhkan bayaran keluar masuk ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan daging korban sempena sambutan Aidiladha di pekarangan Masjid Lawas di sini hari ini.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Sebelum ini, Brunei pada 9 Julai lepas mengumumkan untuk mengenakan caj sebanyak B$3 (kira-kira RM9.18)  ke atas setiap individu yang keluar masuk ke negara itu melalui pos kawalan sempadan daratnya bermula 1 Ogos.

ADVERTISEMENT

Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei dalam satu kenyataan menyebut caj itu dikuatkuasakan di bawah Perintah Bayaran-Bayaran Keluar dan Masuk 2020 yang memberi kuasa kepada Pengawal Kastam dan Eksais Diraja negara itu berbuat demikian.

“Objektif utama pelaksanaan caj ini adalah untuk menyelaraskan bayaran dan caj yang telah dikenakan dan berjalan pada masa ini kepada orang ramai yang keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui udara dan laut,” demikian menurut kenyataan itu.

ADVERTISEMENT

Caj itu akan dikenakan kepada semua warganegara, termasuk warganegara Brunei, yang ingin keluar dari atau masuk ke negara tersebut melalui pos kawalan darat sama ada menggunakan kenderaan atau berjalan kaki.

Bagaimanapun, caj itu dikecualikan bagi individu yang berada di dalam kenderaan milik kerajaan Brunei dan negara luar untuk tujuan rasmi, kenderaan pengebumian, petugas konsulat, petugas kerajaan Brunei yang menjalankan tugas rasmi dan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.  

Menurut kementerian itu, mereka yang berhasrat melakukan perjalanan keluar dari atau masuk ke Brunei melalui pos kawalan darat hendaklah mendaftar secara dalam talian menerusi Sistem Keluar dan Masuk (EES) Jabatan Kastam dan Eksais Diraja negara itu menerusi https://login.bdnsw.gov.bn/ees.

Baca artikel berkaitan :

Share62Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy