fbpx
Cerita Borneo

BSN Buka Kaunter Bergerak, Mudahkan Rakyat Luar Bandar Di Pakan

Kaunter Perkhidmatan Bergerak akan dibuka di Dewan Masyarakat Pakan pada 10 dan 11 Mei ini

BSN Buka Kaunter Bergerak, Mudahkan Rakyat Luar Bandar Di Pakan. Mendengar keluhan rakyat, Bank Simpanan Nasional akan membuka kaunter perkhidmatan mereka di Dewan Masyarakat Pakan pada 10 dan 11 Mei ini bagi memudahkan urusan perbankan.

BSN Buka Kaunter Bergerak, Mudahkan Rakyat Luar Bandar Di Pakan
BSN Buka Kaunter Bergerak, Mudahkan Rakyat Luar Bandar Di Pakan

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan, perkhidmatan ini adalah program perintis yang akan diadakan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Perkhidmatan ini dijangka beroperasi pada pukul 8.30 pagi sehingga 2.30 petang.

Memenuhi keperluan penduduk khususnya yang berada di luar bandar di sekitar Daerah Pakan

Usaha ini juga adalah bagi memenuhi keperluan penduduk luar bandar terutamanya di sekitar daerah Pakan yang mengalami kekangan untuk keluar merentasi daerah. Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha bagi mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Antara perkhidmatan yang bakal disediakan adalah seperti berikut :
1. Bantuan Prihatin Nasional
2. Bantuan Sara Hidup
3. Bantuan Khas Sarawakku Sayang
4. Pengeluaran wang

Semua pelanggan yang datang diwajibkan untuk mencuci tangan, bacaan suhu badan juga turut diambil dan sekiranya ada pelanggan yang didapati mempunyai simptom-simptom berkaitan COVID-19, mereka akan dirujuk kepada Klinik Kesihatan Pakan.

Keutamaan juga akan diberikan kepada wanita mengandung, warga emas dan juga golongan istimewa.

Penyelarasan kerjasama oleh semua pihak

Usaha ini juga merupakan hasil pengelarasan dan kerjasama oleh semua pihak bagi memudahkan urusan perbankan bagi penduduk luar bandar.

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close