fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Buat Video Tiktok Ketawakan Guru, Penyampai Radio Dari Sarawak Dikecam Netizen

iloveborneo Oleh iloveborneo
19 Februari 2021
Buat Video Tiktok Ketawakan Guru, Penyampai Radio Dari Sarawak Dikecam Netizen
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tangkap layar video itu juga kini tular di laman twitter

Buat Video Tiktok Ketawakan Guru, Penyampai Radio Dari Sarawak Dikecam Netizen. Seperti yang ramai sedia maklum, bermula 17 Februari yang lalu Kerajaan Malaysia telah melancarkan DidikTV sebagai medium buat para pelajar mengikuti sesi P&P dengan lebih mudah dan efisien terus daripada rumah masing-masing terutamanya bagi mereka yang mempunyai kekangan capaian internet.

Mungkin kerana baru sahaja bersiaran maka rancangan dan hos yang ada untuk rancangan tersebut tidak sempurna. Maka beberapa hari lepas tular juga kualiti penguasaan bahasa inggeris bagi seorang tenaga pengajar sukarela di DidikTV tersebut.

ADVERTISEMENT

Baru baru ini pula, tular video tiktok yang dihasilkan oleh penyampai radio di Sarawak yang mengetawakan guru tersebut. Sesi yang diharapkan mampu memberi kemudahan kepada para pelajar nampaknya telah menjadi bahan ketawa apabila turut memuat naik reaksi beliau yang penuh dengan gelak tawa terhadap seorang guru yang berbahasa Inggeris sewaktu mengajar mata pelajaran Sains.

This ladies and gentlemen; is a moron. pic.twitter.com/YnhuxPDgnc

— Majnun (@amer_aljeffrey) February 19, 2021

Video tersebut akhirnya dikecam netizen, selepas dilihat sebagai mempersendakan cara sebutan guru yang menjadi pengajar di DidikTV. Bukan itu sahaja, guru guru juga mula berkongsi pendapat mereka terhadap video tersebut.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

I’m a teacher & also teaching Science but not in DLP (read: English) at my school. From what I observed, this teacher needs to utter one word to another word bcs not every Year 2 students have good listening skills & understand English well.

— ᵉᵉᵖᵃ (@eepapoppins) February 19, 2021

Menurut cikgu tersebut sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran SAINS di sekolah, tindakan guru berkenaan untuk menyebut perkataan satu persatu adalah tepat memandangkan pengajaran yang dibuat disasarkan buat pelajar tahun 2.

I know she can’t perfectly pronounce few words but that doesn’t mean people can mock her. It’s Science class, not English Language class. There’s a room for improvement. Imagine how tired she is teaching students from her own school and delivering for DidikTV as well?

— ᵉᵉᵖᵃ (@eepapoppins) February 19, 2021

Tambah beliau lagi cara sebutan guru ini bukanlah suatu isu yang besar kerana subjek yang diajar bukanlah mata pelajaran Bahasa Inggeris sebaliknya adalah subjek Sains. Walaupun guru di DIDIKTV tersebut tidak dapat menyebut beberapa patah perkataan dengan sempurna, ianya bukan satu tiket untuk mana mana individu mengejek beliau. Apatah lagi subjek tersebut adalah Sains dan bukannya Bahasa Inggeris.

ADVERTISEMENT

@hitzsarawak @hitzdotmy is this your presenter? Why is he laughing at the teacher? There's always room for improvement & this should not be a laughing matter.

What your presenter's doing is horribly wrong. It shows disrespect, ignorance, and very uncouth towards astro/hitz

— Daniél 🦨 (@danielhvqeem) February 19, 2021

This kind of public shaming is unacceptable.
Ur laughing not do any contribution at all to nation. https://t.co/GprTMNsgiO

— zax (@zaxaziz) February 19, 2021

Sementara itu, netizen juga mengkritik video tiktok yang tular tersebut. Malah, ada yang secara terus menyebut nama stesen radio di mana penyampai radio tersebut bekerja.

Video tersebut kini telah dipadam dari akaun tiktok penyampai radio tersebut namun sehingga kini tiada kenyataan meminta maaf dibuat. Harapnya selepas ini, warga internet, netizen lebih peka sebelum memuatnaik video video yang mengejek orang lain.

Baca juga artikel lain :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy