fbpx
Cerita Borneo

Buka Cawangan Baru Di TTDI, Kedey Kamek Hidang Laksa Sarawak Secara Percuma

Siapa Yang Tak Pernah Rasa Lagi Laksa Sarawak, Dipersilakan!

Buka Cawangan Baru Di TTDI, Kedey Kamek Hidang Laksa Sarawak Secara Percuma. Laksa Sarawak merupakan hidangan ikonik Sarawak selain daripada Kek Lapis Sarawak. Bak kata orang, kalau anda pergi ke Sarawak, tak sah kalau tak makan Laksa Sarawak.

Kini, Kedey Kamek, sebuah restoran tempatan yang berasal dari Miri melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah cawangan di Semenanjung setelah kehadirannya di Miri dan Satok mendapat sambutan warga tempatan. Paling best, sempena pembukaannya, anda boleh mendapatkan hidangan Laksa Sarawak secara percuma! Oh yes!

Buka Cawangan Baru Di TTDI, Kedey Kamek Hidang Laksa Sarawak Secara Percuma
Buka Cawangan Baru Di TTDI, Kedey Kamek Hidang Laksa Sarawak Secara Percuma
Buka Cawangan Baru Di TTDI, Kedey Kamek Hidang Laksa Sarawak Secara Percuma

Menurut laman Facebook Kedey Kamek, promosi Laksa Sarawak tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu 4 dan 5 Mac 2020. Anda boleh mendapatkan dos laksa anda bermula jam 11 pagi hingga 11 malam dengan syarat, anda harus menjamu selera di kedai tersebut. Jika anda keliru TTDI di sebelah mana, lokasinya terletak bersebelahan dengan McDonald TTDI. Tak boleh tapau ya, kena makan di kedai barulah ‘feel’.

Wahai orang-orang KL (macam skema semacam ja)! Sempena buka nya Kedey Kamek TTDI, kitorang buat promotion khas untuk…

Posted by Kedey Kamek on Tuesday, March 3, 2020

Kedai ini juga sempat memberikan hidangan ayam penyet secara percuma sempena pembukaan hari pertamanya pada 3 Mac 2020.

Dengan ini kami mengumumkan bahawa Kedey Kamek TTDI sudah buka!! Kitorang kat TTDI!! Taman Tun Dr Ismail!!…

Posted by Kedey Kamek on Tuesday, March 3, 2020

Berdasarkan ruangan komen Facebook kedai itu pula, rata-rata netizen sangat teruja dengan pembukaan kedai makan tersebut kerana merindui rasa ‘pure’ dan asli masakan Sarawak.

Lokasi : Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (sebelah Kuan Lee Coffee Shop)

Facebook : Kedey Kamek

Bagi anda yang berada di kawasan sekitar TTDI, jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan ikonik Sarawak ini secara percuma. 2 hari saja, gais!

Artikel Berkaitan

Back to top button